BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026 | Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas jerebu akan laksana PdPR - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup mulai 12 Okt - KPM | Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan IPU melebihi 180 hendaklah ditutup bermula esok - KPM | RTS Link bukan ditangguh, perlu penilaian keselamatan dan kelulusan pihak berkuasa Malaysia-Singapura - Loke | 

Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " bertindih"

Penambahbaikan Sistem SST Mampu Pacu Persekitaran Cukai Lebih Cekap -- EY

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Usaha penambahbaikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang merangkumi aspek meminimumkan cukai bertindih, memperluas asas cukai dan mengukuhkan aspek pematuhan, dapat mendorong mewujudkan persekitaran cukai yang lebih cekap bagi perniagaan.

Belanjawan 2027: Persatuan SME Labuan Gesa Pengecualian Cukai Bagi Perniagaan Tempatan

LABUAN, 2 Okt (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Labuan (SME Labuan) menggesa agar pengecualian cukai perkhidmatan di bawah Seksyen 48 Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dilaksanakan bagi perkhidmatan yang dijalankan sepenuhnya di Labuan di bawah Belanjawan 2027.

Belanjawan 2027 Perlu Permudah Peraturan Cukai, Kurangkan Kos Pematuhan -- BDO Malaysia

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Firma audit BDO Malaysia meminta kerajaan menerusi Belanjawan 2027 untuk bertindak mempermudah peraturan cukai dan mengurangkan kos pematuhan bagi meminimumkan kos menjalankan perniagaan di negara ini.

JS-SEZ: Penyelarasan Peraturan, ‘Jendela Tunggal’ Penting Lancarkan Perdagangan

Daripada Mohamad Syazwan Mustafa

SINGAPURA, 4 Sept (Bernama) -- Pewujudan sistem perdagangan sehenti dan penyelarasan piawaian kawal selia antara Malaysia dan Singapura merupakan langkah penting untuk memastikan integrasi rentas sempadan yang lancar serta merealisasikan sepenuhnya potensi ekonomi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menurut pemimpin industri logistik ekspres.

Kredit Cukai Input Boleh Kurangkan Kesan Cukai Bertindih Dalam SST Hibrid - Pakar Ekonomi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Mekanisme kredit cukai input boleh dipertimbangkan dalam sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) hibrid bagi mengurangkan kesan cukai bertindih sepanjang rantaian bekalan, menurut pakar ekonomi.

Elemen GST Dalam SST Dapat Tangani Isu Cukai Bertindih, Tekanan Kos -- FMM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Cadangan untuk menggabungkan elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tertentu ke dalam kerangka Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) sedia ada, dapat membantu menangani isu seperti cukai bertindih dan tekanan kos, menurut Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM).

Perluas Pengecualian SST Untuk Kurangkan Kesan Cukai Bertindih - Presiden CTIM

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menggabungkan elemen positif Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), seperti memperluaskan pengecualian ke dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada bagi mengurangkan cukai bertindih, kata seorang pakar cukai.