1jam ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Ogos 2026 berbanding 1.8 peratus pada bulan sebelumnya, dengan mata Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 137.5 daripada 134.9 pada Ogos 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
23jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menggesa kerajaan menangani dua keutamaan nasional yang semakin penting, iaitu kecerdasan buatan (AI) dan perkembangan pesat pusat data, selain pemodenan grid serta pendigitalan tenaga dalam Belanjawan 2027.
1hari ago
JOHOR BAHRU, 17 Sept (Bernama) -- Gangguan bekalan tenaga global kini menunjukkan kesan susulan apabila impak yang sebelum ini tertumpu pada pasaran petrol bermula Mac lepas mula merebak kepada bekalan tenaga lain seperti gas asli dan arang batu.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Satu mesyuarat khas akan diadakan esok bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi meneliti langkah mitigasi segera untuk mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah yang terlibat.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Pengguna elektrik menerima rebat berjumlah RM3.1 bilion sejak mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) diperkenalkan pada 1 Julai, 2025 berbanding surcaj RM800 juta yang dikenakan dalam tempoh sama, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).
9hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 perlu mempertimbangkan penubuhan rangka kerja perkongsian maklumat secara rasmi yang membolehkan kapal sokongan luar pesisir (OSV) berperanan sebagai 'mata ketiga' dalam melindungi perairan Malaysia dan infrastruktur tenaga luar pesisir yang kritikal.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pusat data ketika ini menyumbang 9.28 peratus daripada jumlah penggunaan elektrik negara, demikian menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).
12hari ago
Oleh Arul Rajoo Durar Raj dan Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Malaysia sedang giat menyediakan asas untuk kemungkinan penggunaan nuklear dalam campuran tenaga negara, walaupun ia mungkin tidak akan terlaksana dalam masa terdekat.
12hari ago
PUTRAJAYA, 6 Sept(Bernama) -- Bekalan bahan api Malaysia masih kukuh walaupun paras bekalan global berada dalam paras rendah, kerajaan yakin negara ini akan memperoleh bekalan yang mencukupi sehingga akhir tahun, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Aspek keselamatan kekal sebagai keutamaan yang tidak akan dikompromi bagi Malaysia Aviation Group (MAG) seiring langkah kumpulan itu untuk terus memperkukuh proses dan piawaian keselamatannya, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Nasaruddin A Bakar.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menjangkakan berdepan tekanan ketara terhadap prestasi kewangannya bagi tahun kewangan 2026 berikutan kenaikan berterusan harga bahan api.