‘Ayam Norliza’ Sasar Jadi Produk Muslim Nasional, Kini Proses 1.5 Juta Ayam Sebulan
PONTIAN, 24 Sept (Bernama) -- Bermula pada 1996 dengan hanya lima pekerja dan jualan 300 ekor ayam sehari, kini syarikat pemprosesan dan penternakan tempatan NB Group menerusi jenama 'Ayam Norliza' berkembang pesat dengan mencatatkan kapasiti pemprosesan sehingga 1.5 juta ekor ayam sebulan.