4jam ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama pada Jumaat, disokong oleh sentimen pasaran yang lebih baik berikutan kebimbangan mengenai bekalan minyak mentah dari Asia Barat yang mereda, meningkatkan kecenderungan pelabur untuk mengambil risiko.
20jam ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh permintaan pengguna yang berdaya tahan di Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Pengguna elektrik menerima rebat berjumlah RM3.1 bilion sejak mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) diperkenalkan pada 1 Julai, 2025 berbanding surcaj RM800 juta yang dikenakan dalam tempoh sama, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).
2hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Selasa, dibebani oleh prestasi niaga hadapan getah serantau yang lebih lemah, kata seorang peniaga.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Butterfield FB Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dibuka lima sen di bawah harga tawaran awam permulaannya (IPO).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa selepas ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Isnin, dipengaruhi kenaikan harga minyak mentah dan hasil bon Amerika Syarikat (AS), selain ketidaktentuan susulan pertikaian berkaitan pembangunan kecerdasan buatan (AI).
3hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Harga minyak terus melonjak, meningkat lebih tiga peratus kepada US$108 setong pada Isnin berikutan serangan terbaharu pada hujung minggu terhadap infrastruktur tenaga Arab Saudi yang menyebabkan saluran paip minyak East-West ditutup sementara.
3hari ago
Daripada M.Saraswathi dan R.Ratcharathan
NEW DELHI, 14 Sept (Bernama) -- Aksi spontan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantunkan lagu klasik Kishore Kumar, "Khwab Ho Tum Ya Koi Haqeeqat", mungkin telah menambat hati ramai masyarakat di India dan tular di media sosial negara itu.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd menjalin kerjasama dengan bursa derivatif Eropah, Eurex, bagi memperluaskan tawaran niaga hadapan asing selain turut membuka akses tempatan kepada pelanggan di Malaysia mendapatkan pendedahan ke atas pasaran Eropah.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) pada 15 hingga 16 September ini.
4hari ago
Daripada M. Saraswathi
NEW DELHI, 13 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa sistem pembiayaan global yang lebih adil, sambil menegaskan bahawa tiada negara sepatutnya dipaksa memilih antara membayar hutang dan memenuhi tanggungjawab kepada rakyatnya.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkakan sebanyak tiga lagi syarikat antarabangsa memulakan perkhidmatan penerbangan ke sini menjelang akhir tahun ini.