APEC Gesa Pembangunan AI Selamat, Dipercayai Pacu Pertumbuhan Inklusif
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu menggalakkan pembangunan kecerdasan buatan (AI) yang selamat dan dipercayai selain memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara meluas, terutamanya dalam sektor utama seperti penjagaan kesihatan, pendidikan dan tenaga.