1jam ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan kemudahan pembiayaan mudah bernilai RM200 juta kepada pekebun kecil bagi membiayai kos penanaman semula kelapa sawit dengan keluasan kawasan sehingga 40 hektar.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang menggabung kekuatan Malaysia dan Singapura merekodkan pelaburan sejumlah RM132 bilion dari 2025 hingga Jun 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kelewatan pelaksanaan antara pelaburan yang diluluskan dengan pelaksanaan fizikal projek menimbulkan risiko struktur terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Kementerian Kewangan (MoF).
1hari ago
ISKANDAR PUTERI, 8 Okt (Bernama) -- Penggunaan 52 pengangkut kontena elektrik (e-PM) di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dijangka meningkatkan kecekapan operasi selain mempercepatkan peralihan pelabuhan itu ke arah operasi terminal yang lebih mesra alam, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Perbelanjaan pembangunan dijangka meningkat sederhana 3.8 peratus tahun ke tahun kepada RM83 bilion di bawah Belanjawan 2027, kata CIMB Securities.
1hari ago
GEORGE TOWN, 7 Okt (Bernama) -- AmBank Group memperkukuh komitmennya terhadap segmen pelanggan berkemampuan tinggi dan pengurusan kekayaan dengan melancarkan cawangan utama Kelawei, yang menghimpunkan AmBank Signature Priority Banking (AmSPB) dan AmPrivate Banking.
2hari ago
GEORGE TOWN, 7 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang berharap Belanjawan 2027 membawa berita baik mengenai cadangan penubuhan Penang Technology Financial Centre (PTFC) bersama Kerajaan Persekutuan bagi memperkukuh ekosistem teknologi di negeri itu.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Zetrix AI Bhd memaklumkan telah menyerahkan satu cadangan penyelesaian kepada kerajaan untuk dipertimbangkan bagi menangani isu tunggakan serahan hasil kerajaan berjumlah RM314 juta.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Zetrix AI Bhd kini dalam perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menyelesaikan isu berhubung penggantungan sementara perkhidmatannya kepada jabatan itu yang berkuat kuasa hari ini.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Firma teknologi kewangan global, Airwallex berhasrat menggandakan bilangan tenaga kerjanya di Malaysia pada tahun ini sejajar dengan langkah memperkukuh kedudukan di peringkat tempatan, dipacu oleh jumlah transaksi rentas sempadan yang meningkat.
7hari ago
Oleh Nur Fadhliana Shaari
JOHOR BAHRU, 2 Okt (Bernama) -- Pengasas Donuf, produk gabungan donat dan pastri berkrim (creampuff) rangup, menyasarkan membuka 100 cawangan di seluruh negara menjelang 2029 didorong oleh perkembangan positif perniagaan itu sejak mula beroperasi April lepas.
8hari ago
KOTA TINGGI, 1 Okt (Bernama) -- Berkat mempertahankan resipi keluarga sejak 19 tahun lepas, apam balik Jalan Mawai di sini terus menjadi buruan pelanggan dari serata daerah, malah perisa asli masih menjadi pilihan utama pelanggan kerana kesegaran bahan yang digunakan.