21hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Peruntukan kerajaan yang lebih tinggi sebanyak RM16 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bersama langkah berkaitan cukai pendapatan individu di bawah Belanjawan 2027 dijangka mengekalkan perbelanjaan penggunaan isi rumah.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) untuk tujuan penebusan awal sukuk pada 2027, sekali gus memperkukuh aliran tunai Lembaga Tabung Haji (LTH).
22hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Exsim Hospitality Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM13.49 juta daripada Binastra Builders Sdn Bhd bagi membekalkan, membuat, menghantar dan memasang kerja-kerja pertukangan kayu.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd, menerusi konsortium melibatkan anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd (KPMSB), meraih kontrak bernilai RM568.19 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk melaksanakan dan membina GIS Paka di Terengganu
22hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Harbour-Link Lines Sdn Bhd iaitu anak syarikat 85 peratus milik Harbour-Link Group Bhd (Harbour-Link Group) memeterai dua perjanjian jual beli berasingan dengan Sapor Shipbuilding Industries Sdn Bhd untuk memperoleh dua kapal bernilai RM56.68 juta.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM92.90 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2026, berbanding RM94.58 juta pada suku ketiga 2025.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Sektor minyak dan gas (O&G) bersepadu Malaysia dijangka mengekalkan prospek positif pada suku keempat 2026, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan daya tahan operasi, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).