Terdapat 136 berita berdasarkan kata kunci carian " tahun kewangan"

Untung Bersih Eco-Shop Meningkat Kepada RM264.56 Juta Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Untung bersih Eco-Shop Marketing Bhd meningkat kepada RM264.56 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei, 2026 daripada RM205.03 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2025.

Pemindahan Saham DNB Dijangka Selesai Akhir Suku Ketiga 2026 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pemindahan saham Digital Nasional Bhd (DNB) dijangka selesai menjelang akhir suku ketiga 2026 atau pada peringkat awal suku keempat 2026, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Kewangan TH Kini Lebih Kukuh Didorong Usaha Pemulihan Berterusan, Penstrukturan Semula

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) kini berada pada kedudukan kewangan yang jauh lebih kukuh berbanding prestasi 2018 hasil usaha pemulihan berterusan dan penstrukturan semula.

KWAP Terus Teroka Semua Saluran Bagi Maksimumkan Pemulihan Pelaburan Dalam eFishery

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) terus meneroka dan melaksanakan segala saluran yang bersesuaian bagi memaksimumkan usaha pemulihan pelaburannya berkaitan eFishery.

Unit PTT Synergy Beli Perisian Logistik, Harta Intelek Bernilai US$7.1 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- PTT Robotics Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung PTT Synergy Group Bhd memeterai perjanjian dengan vTradEx Information Technology (Shanghai) Co Ltd untuk membeli perisian logistik dan hak harta intelek (IP) berkaitan bernilai US$7.10 juta (US$1 = RM4.09).

Pelabuhan Di Malaysia Akan Raih Manfaat Daripada Peralihan Rantaian Bekalan - AmBank

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pengendali pelabuhan di Malaysia bakal meraih manfaat daripada pertukaran laluan perdagangan dan peningkatan aktiviti pemindahan kapal walaupun kos logistik melonjak, kata Ketua Ahli Ekonomi AmBank (M) Bhd, Firdaos Rosli.

CIMB Securities Kekal Optimis Terhadap Westports, Jangka Jumlah Kontena Lebih Kukuh Pada 2026

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saranan “overweight” terhadap sektor pengangkutan dengan Westports Holdings Bhd kekal sebagai saham pilihan utamanya.

Jati Tinggi Raih Kontrak RM22.6 Juta, Buku Pesanan Cecah Rekod RM936.5 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Jati Tinggi Group Bhd (JTGB) mencatat buku pesanan tertinggi baharu sebanyak RM936.5 juta selepas anak syarikat milik penuhnya memperoleh dua kontrak berkaitan pusat data di Johor bernilai keseluruhan RM22.6 juta.

Unit Tafi Raih Kontrak Pembinaan RM135 Juta Di Selangor

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) – TAFI Home & Office Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh TAFI Industries Bhd, telah menerima surat penganugerahan atau lantikan daripada Armani KPF2 Development Sdn Bhd membabitkan kerja-kerja pembangunan komersial bercampur di Setia Alam, Selangor.

RUU Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 Dibentang Untuk Bacaan Kali Pertama

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 bagi memperbadankan Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan) (KWAN) dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

ASSAR Umum Dividen 6.5 Sen Seunit

KUCHING, 13 Julai (Bernama) -- Amanah Saham Sarawak (ASSAR) hari ini mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 6.5 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026.

Lianson Fleet Peroleh Dua Kapal Bernilai RM213.2 Juta Bagi Perkasa Armada Pengangkutan Marin

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) – Lianson Fleet Group Bhd (LFG) memperoleh dua kapal bernilai RM213.2 juta secara tunai sebagai sebahagian daripada strateginya untuk mengembangkan armada pengangkutannya melangkaui perniagaan kapal sokongan luar pesisirnya.