15hari ago
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Isu pendapatan dan gaji rakyat perlu terus diberi keutamaan dalam merangka Belanjawan 2027, seiring dengan usaha kerajaan bagi memperkukuh keupayaan syarikat tempatan dalam industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).
16hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kadar kebolehramalan pengangkutan awam seharusnya menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2027, iaitu dengan memberikan lebih perhatian terhadap usaha mengukuhkan perkhidmatan sedia ada, berbanding memberi tumpuan kepada projek besar yang baharu.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Okt dijangka memberi manfaat kepada sektor pembinaan dan bahan binaan, berdasarkan konsensus pasaran semasa yang mengunjurkan peruntukan perbelanjaan pembangunan antara RM85 bilion hingga RM90 bilion, menurut Moomoo.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Langkah kerajaan menaikkan had maksimum kelayakan pembiayaan perumahan di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada RM1 juta daripada RM750,000 dijangka mengurangkan bilangan hartanah kediaman siap belum terjual, menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).
16hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Memperkasa Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) serta memperkenalkan struktur pembiayaan yang lebih fleksibel antara cadangan utama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bagi Belanjawan 2027.
17hari ago
PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Kenaikan harga minyak dunia tidak akan mengganggu perancangan pembangunan negara di bawah Belanjawan 2027, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 seharusnya mengekalkan dasar perbelanjaan yang menyokong pertumbuhan selain mengekalkan konsolidasi fiskal secara bertahap, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Industri automotif Malaysia merekodkan penurunan tiga peratus dari bulan ke bulan dalam jumlah volum industri (TIV) kepada 71,428 unit pada Ogos 2026 tetapi momentum jualan dijangka kekal positif untuk separuh kedua tahun ini.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pemegang unit AmFIRST Real Estate Investment Trust (AmFIRST REIT) hari ini meluluskan cadangan penjualan Menara AmBank bernilai RM331 juta.
19hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Seorang profesional muda yang juga akauntan sepenuh masa dan peminat e-sukan, Mohamed Ilyas Suhairi bermain permainan video untuk merehatkan minda selepas seharian bekerja apabila permainan itu sentiasa menawarkan perkara baharu untuk diterokai.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menggesa kerajaan menangani dua keutamaan nasional yang semakin penting, iaitu kecerdasan buatan (AI) dan perkembangan pesat pusat data, selain pemodenan grid serta pendigitalan tenaga dalam Belanjawan 2027.
22hari ago
JOHOR BAHRU, 17 Sept (Bernama) -- Johor merekodkan nilai pelaburan diluluskan sebanyak RM59.4 bilion bagi tempoh separuh pertama tahun ini, merangkumi sektor pembuatan, pembuatan mesin serta elektrik dan elektronik (E&E).