Terdapat 1816 berita berdasarkan kata kunci carian "jan"

PAAB Lengkapkan Terbitan Sukuk Biru RM720 Juta Bagi Infrastruktur Air

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) melengkapkan penerbitan sukuk biru berjumlah RM720 juta menerusi Pengurusan Air SPV Bhd di bawah Program Kertas Komersial Islam RM2 bilion sedia ada. 

Riyadh Air Melihat Permintaan Kukuh Bagi Laluan Kuala Lumpur, Sasar Penerbangan Harian

SEPANG, 31 Julai (Bernama) -- Riyadh Air mengenal pasti Kuala Lumpur sebagai destinasi pertamanya di Asia Tenggara susulan permintaan perjalanan yang kukuh di antara Malaysia dengan Arab Saudi, kata Ketua Pegawai Komersialnya Vincent Coste.

ITMAX Peroleh Kontrak Sistem Lampu Jalan Pintar Bernilai RM120 Juta Daripada DBKL

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- ITMAX System Bhd memperoleh kontrak bernilai RM120 juta daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi pembekalan, pemasangan dan penyelenggaraan sistem lampu jalan pintar di seluruh ibu kota.

Kerugian RM10 Bilion TH Boleh Tampung Lebih Ramai Golongan B40 Tunaikan Haji Dalam Tempoh Lebih 20 Tahun

Oleh Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kerugian RM10 bilion yang ditanggung Lembaga Tabung Haji (TH) boleh menampung subsidi haji untuk lebih ramai jemaah muassasah khususnya daripada golongan B40 menunaikan ibadah itu bagi tempoh lebih 20 tahun.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari, Seiring Prestasi Kukuh Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Jumaat, disokong aktiviti belian susulan prestasi kukuh kebanyakan pasaran serantau.

Rizab Antarabangsa Malaysia Berjumlah US$132.56 Bilion Setakat Akhir Jun 2026

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$132.56 bilion (US$1=RM4.08), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.54 bilion setakat akhir Jun 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Jumaat berikutan kenaikan di Wall Street, didorong oleh pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan lonjakan dalam saham cip, diimbangi oleh kebimbangan geopolitik yang berpanjangan.

AICB, Akademi ICC Lancar Program Kelayakan Profesional CTFP Bagi Perkasa Bakat Malaysia

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Institut Bank-Bank Bertauliah Asia (AICB) dengan kerjasama Akademi Dewan Perniagaan Antarabangsa (ICC) secara rasminya melancarkan program Profesional Pembiayaan Perdagangan Bertauliah (CTFP) di Malaysia.

Ringgit Dibuka Tinggi Susulan Kelemahan Data AS Jejaskan Prestasi Dolar

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan data ekonomi AS yang lebih lemah daripada jangkaan menjejaskan mata wang negara itu, kata seorang penganalisis.

F1 GP Bahrain Dijangka Pacu Sektor Pelancongan Malaysia

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia dijangka melonjak ketara dengan kehadiran peminat Formula Satu (F1) dari seluruh dunia untuk menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Gulf Air Bahrain (GP Bahrain), yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober ini.

Penjualan Aset Hampir RM10 Bilion Selamatkan TH, Kerugian RM2.6 Bilion Ditangani Bagi Pemulihan Seterusnya

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya menangani kerugian pelaburan RM12.6 bilion, iaitu RM10 bilion melalui Pelan Pemulihan 2018 dan RM2.6 bilion secara berperingkat sehingga akhir 2025.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Tinggi Susulan Permintaan Kukuh Eksport

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Khamis berikutan permintaan eksport yang kukuh meningkatkan sentimen pasaran.