Terdapat 1816 berita berdasarkan kata kunci carian "jan"

Unit WCT Holdings Peroleh Baki 30 Peratus Pegangan Dalam Jelas Puri Pada RM140 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd, iaitu WCT Land Sdn Bhd (WCTL) mengambil alih baki 30 peratus kepentingan ekuiti dalam Jelas Puri Sdn Bhd (Jelas Puri) daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan harga RM140 juta. 

E&O, Majestic Gen Peroleh Tanah RM189.90 Juta Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Eastern & Oriental Bhd (E&O) dan Majestic Gen Group memperoleh sebidang tanah pegangan bebas di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, bernilai RM189.90 juta daripada Twelve Kiapeng Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Belian Saham Mewah

Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat apabila pelabur terus mengumpul pegangan saham mewah sejajar dengan prestasi lebih kukuh di kebanyakan pasaran serantau.

Pelan Induk JS-SEZ Dijangka Dilancarkan Disember Ini - Akmal Nasrullah

BATU PAHAT, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan dilancarkan secara rasmi sempena Pemukiman Pemimpin-Pemimpin pada Disember ini.

Prestasi Kukuh PKS 2025 Menunjukkan Ketahanan Dalam Ketidaktentuan Global - SAMENTA

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Prestasi positif perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia pada 2025 menunjukkan daya tahan dan ketangkasan perniagaan yang luar biasa walaupun terdapat gangguan berterusan rantaian bekalan global serta perubahan dalam dinamik perdagangan.

Ringgit Ditutup Mengukuh Susulan Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kelemahan data ekonomi negara maju itu yang di luar jangkaan.

MISC Peroleh Kontrak Sewa Jangka Panjang Kapal Pengangkut LNG Daripada Malaysia LNG

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- MISC Bhd memperoleh kontrak daripada Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) iaitu pengendali Kompleks Gas Asli Cecair (LNG) Petronas di Bintulu, Sarawak bagi sewaan jangka panjang sebuah kapal pengangkut LNG (LNGC) baharu berkapasiti 18,700 meter padu (cbm).

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur, Disokong Data Global

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong oleh data ekonomi global yang positif, kata seorang peniaga.

Inflasi Keseluruhan Malaysia Turun Kepada 1.9 Peratus Pada Jun -- BNM

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Inflasi bahan api runcit yang lebih rendah, khususnya bagi bahan api RON97 dan diesel, menyumbang kepada penurunan inflasi keseluruhan dan teras Malaysia kepada 1.9 peratus pada Jun 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Harga LNG Di Asia Dijangka Turun Jika Rundingan Damai Capai Kemajuan Positif

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Harga gas asli cecair (LNG) di Asia dijangka terus menurun untuk berapa bulan akan datang tahun ini jika rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran mencapai kemajuan positif, menurut Rystad Energy.

Pelaburan Asing Perlu Beri Manfaat Nyata Kepada Negara, Perkukuh Lebihan Dagangan - Johari

Oleh Nur Afiradina Arshad

TANJONG MALIM, 31 Julai (Bernama) -- Pelaburan asing yang dibawa masuk ke Malaysia perlu memberikan manfaat nyata kepada ekonomi negara, termasuk membantu memperkukuh lebihan dagangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Riyadh Air Mula Penerbangan Terus Ke Kuala Lumpur, Pintu Masuk Pertama Ke Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Riyadh Air melancarkan penerbangan terus antara Riyadh dan Kuala Lumpur, menjadikan ibu negara Malaysia itu sebagai pintu masuk pertamanya ke Asia Tenggara.