3bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa sekali gus mendorong harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 mencapai paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun, menurut peniaga
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Tinjauan operasi dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kekal berdaya tahan dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang, walaupun bacaan Indeks Sentimen PKS (SSI) yang lebih lemah pada separuh pertama 2026 (S1 2026).
3bulan ago
KUALA LUMPUR,16 Jun (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd menjangkakan pasaran ekuiti Malaysia akan pulih pada separuh kedua 2026, dipacu oleh harapan terhadap perjanjian damai Amerika Syarikat (AS)-Iran.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Keputusan AT&S untuk memperluas operasinya di Kulim, Kedah melalui pelaburan baharu sehingga €2 bilion (€1 = RM4.69) akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan teknologi berimpak tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd hari ini melancarkan Pelaburan Berkaitan Ekuiti (ELI) bagi menyediakan pendedahan tersuai kepada pelabur terhadap pelbagai aset asas sambil menyokong objektif pasaran dan kepelbagaian pulangan risiko di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Platform yang memupuk inovasi, keterangkuman dan pertumbuhan mampan, seperti TikTok, menyokong usaha Malaysia dalam membangunkan masyarakat dipacu secara digital, menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi, menjejaki lonjakan kukuh Wall Street semalaman.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) bersepadu, Elsa Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan dalam segmen teknologi digital, robotik dan kejuruteraan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan pasaran pada sesi sebelumnya, sekali gus memberi tekanan kepada indeks penanda aras.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) akan mengekalkan kadar faedah dalam persekitaran kebimbangan inflasi yang semakin reda serta penurunan hasil Perbendaharaan AS.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Tanco Holdings Bhd menegaskan asas perniagaannya kekal kukuh meskipun berdepan turun naik harga saham kebelakangan ini yang mendorong Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan Aktiviti Pasaran Luar Biasa (UMA).
3bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 15 Jun (Bernama) -- Pasaran buruh Singapura terus berkembang pada suku pertama 2026, dengan jumlah pekerjaan melonjak sebanyak 9,400, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM).