BERITA TERKINI   Penyata kewangan TH dimanipulasi bagi tunjuk keuntungan yang tinggi dan memanipulasi penilaian aset di luar penyata kewangan diaudit menggunakan kaedah Realisable Asset Value - Dr Zulkifli Hasan | RCI mendapati salah laku dan penyelewengan pengisytiharan agihan keuntungan tidak selaras dengan kehendak Akta Tabung Haji - Dr Zulkifli Hasan | Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH berjaya tangani kerugian pelaburan RM12.6 billion, RM10 bilion melalui Pelan Pemulihan 2018 dan RM2.6 bilion secara berperingkat sehingga hujung 2025 - Dr Zulkifli Hasan | Aset boleh kembali kepada TH sekiranya TH mahu - Dr Zulkifli Hasan | Laporan RCI TH syor tiada lagi lantikan ahli politik aktif dalam pengurusan institusi TH - Dr Zulkifli | 

Terdapat 1163 berita berdasarkan kata kunci carian " e"

Lim Hock San Daripada LBS Terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ASEAN

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group Bhd Tan Sri Dr Lim Hock San menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2026 - Kepimpinan Perniagaan Berwawasan & Kecemerlangan Komuniti pada majlis ASEAN Outstanding Business Award 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Sunway Peroleh Tapak Kediaman S$750.57 Juta Di Singapura

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Sunway Bhd menerusi anak syarikat tidak langsung milik penuhnya, SMCL Haven 3 Pte Ltd (SMCLH3), memperoleh tapak pembangunan kediaman bernilai S$750.57 juta (RM2.4 bilion) di River Valley Green, Singapura, melalui bidaan bersama CSC Land Group (Singapore) Pte Ltd.

Desatera Sasar Tambah Kira-kira 15 Outlet Komersial Pada 2026

BANGI, 23 Jun (Bernama) -- Desatera Sdn Bhd, anak syarikat Brahim’s Dewina Group, menyasarkan untuk meningkatkan jumlah outlet komersial kepada sekurang-kurangnya 15 premis tahun ini berbanding sembilan pada masa ini dalam usaha memacu pertumbuhan masa depan.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, seiring kelemahan pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) susulan pendirian cenderung mengetatkan dasar monetari oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS yang menjejaskan sentimen pasaran terhadap prospek kenaikan kadar faedah.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Negara ASEAN Menjelang Data PMI AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang negara ASEAN serta naik berbanding kebanyakan mata wang utama lain hari ini, apabila pelabur menunggu data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) AS bagi Jun yang akan dikeluarkan malam ini.

Bursa Malaysia Catat Penurunan Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Berterusan

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada Selasa apabila pelabur terus mengambil pendekatan tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan serta ketiadaan pemangkin pasaran yang jelas, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Generali Malaysia, Amanah Raya Lancar Gen Sinar Lindungi Keluarga Kurang Mampu

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Generali Insurance Malaysia Bhd (Generali Malaysia) menerusi kerjasama dengan Amanah Raya Bhd (AmanahRaya), telah melancarkan pelan insurans kemalangan diri mampu milik Gen Sinar bagi memperkasa keluarga kurang berkemampuan dengan perlindungan kewangan.

AEON Credit Sasar Pertumbuhan Pinjaman 8.0 Peratus Bagi Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd menyasarkan pertumbuhan pinjaman sekitar lapan peratus bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari, 2027, dipacu oleh pengembangan hasil, kualiti aset yang stabil dan kecekapan operasi yang dipertingkat.

SIC, DC Union Bangunkan Pusat Data Bernilai RM2.5 Bilion

SHAH ALAM, 23 Jun (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi anak syarikatnya, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) memeterai perjanjian usahasama (JVA) bersama Data Centre Union Sdn Bhd (DC Union) untuk membangunankan pusat data berteknologi tinggi di Cyberjaya, Selangor.

Minyak Dijangka Diniagakan Antara US$65 Hingga US$80 Setong Bagi Tempoh 6-12 Bulan

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Harga minyak dijangka bergerak dalam lingkungan US$65 hingga US$80 setong bagi tempoh enam hingga 12 bulan akan datang susulan ketidaktentuan berterusan berhubung rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata seorang penganalisis veteran pasaran minyak.

TERAJU Lulus Hampir RM134 Juta Pembiayaan Kepada 143 Syarikat Bumiputera Wilayah Utara

BUTTERWORTH, 23 Jun (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meluluskan hampir RM134 juta pembiayaan kepada 143 syarikat bumiputera di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi tempoh 1 Dis, 2024 hingga 31 Mei lepas.