11hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada tengah hari berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah ke atas saham wajaran tinggi terpilih, dipacu oleh saham utiliti, walaupun keluasan pasaran terus kekal negatif.
12hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah apabila pasaran diasak tekanan jualan di tengah-tengah lonjakan hasil bon dan harga minyak yang menjejaskan minat risiko.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sedang giat meningkatkan peranan dalam membangunkan ekonomi domestik, didorong oleh tambahan RM120 bilion di bawah inisiatif GEAR-uP bagi tempoh 2024-2028.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- MIHAS 2026 mencatat prestasi kukuh sepanjang empat hari penganjurannya dari 23 hingga 26 September 2026, dengan merekodkan jumlah jualan sebanyak RM6.78 bilion, peningkatan RM730 juta atau 12.0 peratus berbanding RM6.05 bilion pada 2025.
13hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini berikutan kebimbangan terhadap kenaikan dalam inventori dan permintaan yang agak perlahan tetapi sebahagiannya diimbangi oleh sokongan daripada harga minyak sayuran saingan dan minyak mentah.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menyelesaikan terbitan sukuk mudharabah tambahan peringkat 1 (AT1) bernilai RM2.5 bilion di bawah program sukuknya.
13hari ago
IPOH, 28 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri berharap menerusi Belanjawan 2027, peruntukan bagi projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Tasik Bukit Merah diluluskan dan dapat dilaksanakan tahun depan.
13hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin dalam persekitaran aktiviti penjualan berikutan pasaran kekurangan pemangkin baharu untuk merangsang minat beli pelabur, kata seorang penganalisis.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Poh Kong Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi, melonjak 59.7 peratus kepada RM193.37 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2026 (TK2026) daripada RM121.10 juta yang diraih setahun sebelumnya.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- RedPlanet Bhd menyasarkan untuk mengumpul dana berjumlah RM13.3 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang peralihan penyenaraian ke Pasaran ACE daripada Pasaan LEAP Bursa Malaysia pada 22 Oktober ini.
13hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak berubah pada tengah hari dalam persekitaran tekanan jualan apabila pelabur kekal berhati-hati, menimbang prospek rundingan diplomatik Amerika Syarikat (AS)-Iran berbanding harga minyak dan hasil bon yang tinggi serta jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menaikkan kadar faedah, kata seorang penganalisis.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Evocom Bhd berhasrat mengembangkan perniagaan penghantaran kargo udaranya secara transit khususnya bagi laluan dari China ke Australia dan Asia Barat dalam usaha mempelbagaikan operasinya di luar perniagaan teras iaitu penyediaan tenaga kerja fleksibel.