4hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, sejajar dengan kenaikan harga jongkong emas global serta sentimen berhati-hati yang berterusan menjelang pengumuman laporan gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) malam ini.
4hari ago
KUANTAN, 2 Okt (Bernama) -- ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB) menawarkan 65 ruang niaga dan 35 pakej pengurusan fasiliti kepada usahawan dan kontraktor tempatan di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sempena penganjuran Jelajah Usahawan dan Kontraktor Perkhidmatan Sokongan ECRL baru-baru ini.
4hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas bergerak dalam julat terhad, ketika sentimen pasaran kekal berhati-hati susulan ketidaktentuan global yang semakin meningkat.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup meningkat pada Jumaat yang menjejaki prestasi asas pasaran tunai.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat selepas mengalami pemulihan kecil pada akhir dagangan Jumaat, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan jualan ketara baru-baru ini, kata penganalisis.
4hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh aktiviti pembuatan di Eropah dan Asia mula merancak, kata seorang peniaga.
4hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
PETALING JAYA, 2 Okt (Bernama) -- Kepastian cukai yang lebih besar untuk syarikat dan sokongan yang lebih kukuh untuk syarikat bermodal kecil dan sederhana adalah antara langkah yang boleh memberikan dorongan kepada pasaran modal Malaysia di bawah Belanjawan 2027.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Perusahaan diterajui wanita mencatat potensi jualan eksport bernilai RM229 juta menerusi sesi padanan perniagaan yang telah diatur lebih awal dan pada pameran selama empat hari yang diadakan di Pavilion Women in Export (WiEX) @ MIHAS 2026.
4hari ago
GEORGE TOWN, 2 Okt (Bernama) -- Malaysia masih jauh daripada mencapai sasaran untuk mengubah 3,000 pengilang menjadi kilang pintar menjelang 2030, dan setakat ini hanya 93 daripadanya berjaya melengkapkan transformasi tersebut.
4hari ago
GEORGE TOWN, 2 Okt (Bernama) -- Pengilang di negara ini perlu mempercepat penerimagunaan automasi bagi meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) – Kerajaan wajar menyediakan insentif dalam bentuk kredit dan pengecualian cukai kepada syarikat berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan, serta menyokong pengembangan pusat data bagi menarik lebih banyak pelaburan teknologi AI ke Malaysia.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Semua pihak perlu memastikan kewangan Islam kekal inovatif, inklusif dan berdaya saing di peringkat global dalam menghadapi fasa ketidaktentuan global dan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.