BERITA TERKINI   Kerajaan lulus secara prinsip usul memperkasa Mahkamah Syariah, akan rujuk Majlis Raja-Raja- PM Anwar | Jangan sorok kes buli, salah laku disiplin semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah - PM Anwar | Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | Malaysia negara pertama berjaya menghantar pulang tahanan Myanmar ke negara asal - PM Anwar  | 

MBSB IB Saran Belanjawan Beri Sokongan Lebih Kukuh Ke Atas Syarikat Modal Sederhana Dan Kecil

Oleh Zufazlin Baharuddin

PETALING JAYA, 2 Okt (Bernama) -- Kepastian cukai yang lebih besar untuk syarikat dan sokongan yang lebih kukuh untuk syarikat bermodal kecil dan sederhana adalah antara langkah yang boleh memberikan dorongan kepada pasaran modal Malaysia di bawah Belanjawan 2027.

Ketua Penyelidikan MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) Imran Yassin Md Yusof berkata kepastian cukai yang lebih besar adalah penting untuk syarikat, khususnya bagi mengelak langkah yang boleh menjejaskan pendapatan korporat dalam tempoh terdekat.

Ad Banner

"Pada asasnya, tiada sebarang kejutan cukai yang boleh menjejaskan pendapatan korporat dalam tempoh terdekat. Sebagai contoh, pasaran pernah mengalami kejutan dengan Cukai Makmur, yang diperkenalkan pada 2022," katanya kepada Bernama.

Mengenai syarikat bermodal kecil dan sederhana, Imran Yassin berkata Belanjawan 2027 harus menyediakan sokongan untuk membantu mereka bersedia bagi pemacu pertumbuhan baharu seperti automasi operasi dan membuka jenis perniagaan baharu.

"Saya berpendapat ini akan menyediakan mereka untuk ekonomi baharu dan pemacu pertumbuhan termasuk automasi dan jenis operasi perniagaan baharu. Jadi ini sangat penting untuk kita dorong mereka bergerak ke hadapan," katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Imran Yassin menegaskan bahawa Belanjawan 2027 juga harus menyokong ekonomi di tengah-tengah potensi halangan tahun depan kerana ini akan menyediakan pemangkin kepada pasaran modal.

Belanjawan ini dijangka disediakan lebih besar, dengan perbelanjaan yang lebih tinggi akan disalurkan ke arah keutamaan ekonomi utama.

Selain itu, beliau berkata kerajaan perlu meneruskan laluan penyatuan fiskalnya sambil mengimbangi keperluan untuk menyokong ekonomi dan sektor swasta.

Beliau juga menggesa agar diwujudkan sistem cukai yang lebih jelas, yang boleh membantu menarik pelabur asing.

-- BERNAMA