BERITA TERKINI   Pelantikan, penggantungan tugas SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri masing-masing terletak di bawah bidang kuasa SPA dan SPKP - AGC | Majlis Mesyuarat Kerajaan N.Sembilan tidak ada kuasa dari segi undang-undang gantung tugas SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri - AGC | ETA Group raih kontrak bernilai RM66.69 juta bagi tiga projek pembinaan di Kapar, Klang | Gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada 4.55 petang -- MetMalaysia | 

Terdapat 169 berita berdasarkan kata kunci carian " perdana menteri"

Harga Rendah Di Platform E-dagang Perlu Dinilai Sebelum Disifatkan Antipersaingan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Harga rendah bagi barangan yang ditawarkan di platform e-dagang tidak boleh terus disifatkan sebagai amalan penetapan harga predatori atau amalan antipersaingan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Marhamah Rosli.

Ekonomi Malaysia Dijangka Kekal Kukuh Pada Separuh Kedua 2026 - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan prestasi ekonomi Malaysia akan terus kukuh pada separuh kedua 2026, disokong langkah intervensi kerajaan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya tahan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bekalan Bahan Api Di Stesen Petronas Dijangka Stabil Dan Mencukupi Sehingga September

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bekalan bahan api di rangkaian stesen minyak Petronas seluruh negara dijangka stabil dan mencukupi sehingga bulan September, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pelan Induk JS-SEZ Dijangka Dilancarkan Disember Ini - Akmal Nasrullah

BATU PAHAT, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan dilancarkan secara rasmi sempena Pemukiman Pemimpin-Pemimpin pada Disember ini.

Sesi Sidang Khas Parlimen Bincang RCI Tabung Haji Pada 11 Ogos - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Sesi persidangan khas untuk membahaskan dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) akan diadakan pada 11 Ogos ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TH Hampir Kecundang, Namun Berjaya Dipulihkan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) – Lembaga Tabung Haji (TH) hampir kecundang akibat kecuaian dan sikap tamak haloba, namun berjaya dipulihkan selepas masalah itu dikesan pada peringkat awal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keyakinan Pelabur Asing Terus Jadikan Malaysia Destinasi Pilihan, Pacu Pelaburan Domestik -- Sim

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Malaysia terus menjadi destinasi pilihan syarikat asing berikutan kedudukannya yang strategik dan neutral dalam landskap geopolitik global serta akses kepada pelbagai pasaran, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.

ASEAN Perlukan Modal Besar, Perkongsian Lebih Kukuh Untuk Percepatkan Peralihan Tenaga - PM Anwar

PETALING JAYA, 29 Julai (Bernama) -- ASEAN memerlukan modal yang besar, berterusan dan berstruktur untuk membina ladang solar, menaik taraf grid, memasang storan bateri, dan meningkatkan kemahiran pekerja kerana kerajaan tidak mampu menanggung beban ini secara sendirian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiada Mekanisme Kawalan Harga Khidmat Pengecas EV, Galak Pelaburan Sektor Swasta - MITI

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kerajaan tidak menetapkan sebarang mekanisme kawalan harga bagi perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) awam, sebaliknya kadar caj ditentukan oleh pengendali stesen pengecas berdasarkan pertimbangan komersial masing-masing.

Sasaran Harga Minimum Getah RM5 Sekilogram Menjelang Akhir 2027 - Ahmad Zahid

SEREMBAN, 28 Julai (Bernama) -- Harga minimum getah disasarkan mencecah RM5 sekilogram menjelang akhir 2027 dalam usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup lebih 500,000 pekebun kecil getah di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kerajaan Pertimbang Rangka Kerja Keselamatan Ekonomi Bagi Perkukuh Daya Tahan Hadapi Krisis - Nurhisham

KUALA LIMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan rangka kerja keselamatan ekonomi bagi memperkukuh daya tahan negara dalam menghadapi krisis pada masa depan, kata Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri Nurhisham Hussein.

Kepulangan Semula F1 Ke Litar Sepang Berpotensi Rancakkan Ekonomi Malaysia

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air di Malaysia pada Oktober ini dijangka memberi limpahan ekonomi kepada negara menerusi sektor pelancongan serta industri berkaitan.