BERITA TERKINI   Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 berlaku di Kuamut, Kinabatangan, Sabah pada 5.35 pagi tadi - MetMalaysia | 

Terdapat 1408 berita berdasarkan kata kunci carian " 2026"

GDB Holdings Peroleh Kontrak Pembinaan Di Mont Kiara Berjumlah RM439.4 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- GDB Holdings Bhd (GDB) memperoleh kontrak bernilai RM439.4 juta untuk projek pembinaan Wolo Hotel & Residences Mont Kiara KL di Kuala Lumpur daripada Magma Kiara Sdn Bhd.

Pembesaran Pelabuhan Sapangar Dijangka Siap Oktober 2027

KOTA KINABALU, 22 Julai (Bernama) -- Projek pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar kini mencapai kemajuan 62.75 peratus setakat Jun lepas dan dijangka siap pada Oktober 2027 selepas pelaksanaannya tertangguh akibat kekangan mendapatkan bekalan pasir yang memenuhi spesifikasi projek.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjejaki Keuntungan Di COMEX

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki keuntungan harga emas dalam Bursa Komoditi AS (COMEX).

CTOS Bakal Jual 10 Peratus Pegangan Dalam Juris Technologies Pada Harga RM50 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Syarikat penilaian kredit CTOS Digital Bhd mencadangkan untuk menjual 10 peratus pegangan ekuiti dalam Juris Technologies Sdn Bhd kepada Natsoft (M) Sdn Bhd pada harga RM50 juta secara tunai.

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Lonjakan harga minyak mentah terbukti mendorong ringgit yang mengukuh berbanding mata wang utama dunia, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga hari ini.

United Plantations Catat Untung Bersih Lebih Rendah Pada Suku Kedua Kepada RM194 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih United Plantations Bhd (United Plantations) bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 TK2026) menyusut kepada RM194.00 juta, berbanding RM249.38 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas. 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Untung Bersih Eco-Shop Meningkat Kepada RM264.56 Juta Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Untung bersih Eco-Shop Marketing Bhd meningkat kepada RM264.56 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei, 2026 daripada RM205.03 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2025.

CelcomDigi Tawar Hadiah Bernilai RM20 Juta, Lancar Kempen Hargai Pelanggan

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- CelcomDigi Bhd melancarkan kempen ganjaran pelanggan dengan menawarkan hadiah bernilai RM20 juta sebagai tanda penghargaan susulan pencapaiannya mencapai 20 juta pelanggan.

MAHB Catat 51 Juta Pergerakan Penumpang Separuh Pertama 2026 Dipacu Perjalanan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan 51 juta pergerakan penumpang di seluruh lapangan terbangnya di Malaysia pada separuh pertama 2026, meningkat 1.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Malaysia Mungkin Ada Kelebihan Disebalik Cadangan Tarif Buruh Paksa AS - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Cadangan tarif 10 peratus ke atas barangan Malaysia di bawah langkah berkaitan buruh paksa Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kesan neutral terhadap prospek perdagangan, dengan negara ini berpotensi mendapat kelebihan berbanding pesaing serantau dengan tarif lebih tinggi, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Jualan FDM 2026 By SIAL Dijangka Lepasi RM1.081 Bilion

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Nilai jualan yang dijana sempena Food & Drinks Malaysia (FDM) by SIAL 2026 dijangka melepasi pencapaian tahun lepas sebanyak US$265 juta (RM1.081 bilion), didorong peningkatan permintaan terhadap produk makanan dan ramuan, penyertaan antarabangsa yang lebih kukuh serta aktiviti padanan perniagaan yang rancak, meskipun industri berdepan gangguan rantaian bekalan dan peningkatan kos.