BERITA TERKINI   ⁠Syarikat guna AI perlu jadikan kepercayaan sebagai kelebihan daya saing, bukan sedar pematuhan - Teo | Strategi AI Malaysia perlu berpaksikan rakyat, bukan sekadar tertumpu kepada keupayaan pengkomputeran, produktiviti - Teo | Malaysia perlu jadi hab pembangunan AI serantau, bukan sekadar pengguna - Teo | Nahas helikopter FDS: Proses bedah siasat lima mangsa belum selesai setakat 5 petang ini - Pesuruhjaya Polis Sarawak | RCI TH: Bekas menteri akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan Isnin depan - KP SPRM | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

 Kontrak bulan semasa Julai 2026 dan September 2026 susut sebanyak 3.5 mata kepada 1,717.0 dan 1,696.5 manakala Ogos 2026 dan Disember 2026 turun 2.5 mata kepada 1,718.0 dan 1,700.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 5,802 lot berbanding 7,839 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka susut kepada 45,095 kontrak daripada 47,989 kontrak sebelum ini.

Ad Banner

Pada 5 petang, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sembilan mata atau 0.52  peratus kepada 1,711.37 daripada paras penutup 1,720.37, semalam.

-- BERNAMA 

 

Ad Banner
Ad Banner