2hari ago
SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Keputusan yang dihasilkan pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33 akan menjadi penentu dan pembentuk kepada daya tahan serta kemakmuran ekonomi rantau ini untuk generasi akan datang, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.9 peratus pada Oktober 2026 berbanding 1.8 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2hari ago
JAKARTA, 19 Nov (Bernama) -- Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat milik penuh Capital A Bhd yang berpangkalan di Malaysia, memperluas kehadirannya di Indonesia selepas unit operasinya di negara itu dipilih untuk menyediakan perkhidmatan penyenggaraan talian bagi pesawat Airbus A320 kendalian TransNusa yang beroperasi dari Jakarta dan Bali.
2hari ago
Oleh Nur Fadhliana Shaari
JOHOR BAHRU, 18 Nov (Bernama) -- Permintaan dan pembelian hartanah oleh rakyat Singapura di Johor Bahru dan Iskandar Puteri dijangka meningkat susulan beroperasinya Sistem Transit Rapid (RTS) Link pada Feb depan yang bakal memperkukuh kesalinghubungan antara Johor Bahru dengan Singapura.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Sebanyak 1,703 projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) telah didaftarkan dengan 654 projek selesai dilaksanakan serta penjimatan kos pematuhan berjumlah RM3.71 bilion, setakat 30 Okt 2026.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Syarikat tenaga dan perlombongan Amerika Syarikat (AS), Navajo Transitional Energy Company (NTEC) menandatangani perjanjian selama tiga tahun bernilai US$100 juta untuk membekalkan arang batu dari lombongnya di selatan Montana kepada anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB), iaitu TNB Fuel Services Sdn Bhd, demikian diumumkan White House pada Rabu.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.
3hari ago
ISKANDAR PUTERI, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor hari ini membentangkan Belanjawan 2027 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM3.07 bilion dan unjuran lebihan sebanyak RM2.33 juta.
3hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan minat belian yang terhad susulan ketiadaan sokongan belian yang kukuh dalam keadaan prestasi bercampur-campur Wall Street.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Khamis, disokong sentimen yang bertambah baik susulan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia yang lebih kukuh pada suku ketiga 2026.
3hari ago
SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33 hari ini, yang menjadi platform kepada para pemimpin membincangkan keutamaan ekonomi serantau serta memperkukuh kerjasama dalam mendepani cabaran global.
3hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon, bagi membincangkan perkembangan hubungan dua hala serta usaha memperluas hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.