1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan, diniagakan antara paras RM4.07 dan RM4.09 apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati terhadap hala tuju kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dengan mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan konflik geopolitik, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Malaysia tidak perlu mewujudkan dana pelaburan baharu sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan antara ekosistem pembiayaan sedia ada bagi membantu syarikat tempatan berkembang, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) – Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tempoh suku kedua 2026 diunjur berada pada tahap baik, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Malaysia berpotensi menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia sekiranya pertumbuhan tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominalnya mengatasi negara-negara lain sekurang-kurangnya dua mata peratusan, menurut Tan Sri Abdul Wahid Omar.
1bulan ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 5 Ogos (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia berkembang sebanyak 5.29 peratus dari tahun ke tahun pada suku kedua 2026 selepas dipacu oleh pembuatan di bahagian pengeluaran dan penggunaan isi rumah dari segi perbelanjaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkemungkinan kembali mencatatkan pertumbuhan melebihi 5.0 peratus tahun ini, disokong oleh eksport yang kukuh dan perbelanjaan domestik yang berdaya tahan, menurut MBSB Investment Bank Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.07 hingga 4.09 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan dengan sentimen pasaran dipengaruhi oleh pengumuman data ekonomi AS dan implikasi terhadap prospek kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Prestasi positif perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia pada 2025 menunjukkan daya tahan dan ketangkasan perniagaan yang luar biasa walaupun terdapat gangguan berterusan rantaian bekalan global serta perubahan dalam dinamik perdagangan.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kelemahan data ekonomi negara maju itu yang di luar jangkaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia kekal berdaya tahan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor itu berkembang 5.7 peratus kepada hampir RM690 bilion pada 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan data ekonomi AS yang lebih lemah daripada jangkaan menjejaskan mata wang negara itu, kata seorang penganalisis.