2bulan ago
GEORGE TOWN, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada harga rendah sebagai kelebihan daya saing memandangkan model perniagaan berkos rendah turut mengehadkan kemampuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menawarkan gaji yang lebih tinggi.
2bulan ago
GEORGE TOWN, 18 Jun (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digesa memanfaatkan pasaran modal sebagai sumber pembiayaan alternatif bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengembangan perniagaan yang tidak dapat ditampung sepenuhnya melalui pembiayaan bank konvensional, menurut Bursa Malaysia Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Penyedia penyelesaian siap guna, Sum Technology Holdings Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, merancang untuk memperkukuh operasinya di Malaysia dan Filipina.
2bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
ASHGABAT (TURKMENISTAN), 18 Jun (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkmenistan amat signifikan kerana bukan sahaja untuk meningkatkan peluang kerjasama sektor minyak dan gas malah juga dalam pelbagai industri dan sektor lain seperti pengangkutan, logistik dan pertanian antara kedua-dua negara.
2bulan ago
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin atas sokongan Rusia dalam memperkukuh kerjasama tenaga dengan Malaysia, khususnya Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Agrobank menyasarkan untuk mewujudkan pengaturan pemudahan perdagangan dan penyelesaian pembayaran yang menghubungkan Malaysia dan Uzbekistan serta rantau Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS) dengan lebih meluas menjelang akhir tahun.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Keputusan AT&S untuk memperluas operasinya di Kulim, Kedah melalui pelaburan baharu sehingga €2 bilion (€1 = RM4.69) akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan teknologi berimpak tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mengekalkan prospek jangka pendek yang positif disokong oleh pengurangan kebimbangan geopolitik, sentimen risiko global yang bertambah baik serta persekitaran makroekonomi domestik yang stabil.