Terdapat 80 berita berdasarkan kata kunci carian " dividen"

ASNB Isytihar Agihan Pendapatan 5.5 Sen Seunit Bagi ASB 3 Didik

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit untuk dana harga tetapnya, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik), bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026.

AEON Credit Sasar Pertumbuhan Pinjaman 8.0 Peratus Bagi Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd menyasarkan pertumbuhan pinjaman sekitar lapan peratus bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari, 2027, dipacu oleh pengembangan hasil, kualiti aset yang stabil dan kecekapan operasi yang dipertingkat.

PNB Tumpu Capai Pertumbuhan Kukuh Di Tengah Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus mengekalkan momentum prestasi kukuh yang dicatatkan pada 2025 sambil kekal berwaspada terhadap persekitaran luaran yang semakin mencabar dan kompleks.

Keuntungan Bersih Eco World Susut Kepada RM129.14 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Eco World Development Group Bhd untuk suku kedua berakhir 30 April 2026 menyusut sedikit kepada RM129.14 juta berbanding RM129.83 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Bagi Hari Kedua Berturut-turut

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan bagi hari kedua berturut-turut hari ini, ditutup lebih daripada satu peratus lebih tinggi disebabkan sentimen pelabur kekal aktif dalam persekitaran keadaan pasaran serantau yang semakin baik dan minat belian dalam kaunter wajaran tinggi.

Pemegang Saham Allianz Malaysia Lulus Semua Usul Pada AGM Ke-52

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pemegang saham Allianz Malaysia Bhd meluluskan semua usul yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-52 kumpulan itu, bersempena ulang tahun ke-25 penubuhannya tahun ini.

Pasaran Ekuiti Malaysia Dijangka Meningkat Semula Pada Separuh Kedua 2026 - Affin Hwang

KUALA LUMPUR,16 Jun (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd menjangkakan pasaran ekuiti Malaysia akan pulih pada separuh kedua 2026, dipacu oleh harapan terhadap perjanjian damai Amerika Syarikat (AS)-Iran.