2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia-Bangladesh (MBFTA) disasar dapat dimuktamadkan pada 2027 sebagai satu perjanjian yang saling memberi manfaat kepada kedua-dua negara, komprehensif serta berpandangan masa depan yang memaparkan amalan perdagangan global semasa.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Kerajaan menegaskan bahawa peruntukan Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak bersifat menghukum tetapi bertujuan menjamin kutipan hasil cukai negara yang teratur demi membiayai agenda pembangunan negara.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Keuntungan selepas cukai (PAT) Johor Corporation (JCorp) untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 naik lebih dua kali ganda kepada RM703 juta berbanding tahun sebelum ini selepas dipacu oleh pertumbuhan dan prestasi kukuh merentas segmen perniagaan utamanya.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Yayasan Peneraju (YP), agensi di bawah Kementerian Ekonomi hari ini mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Ibrahim Sani akan berundur daripada jawatannya berkuat kuasa pada 1 Julai 2026.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd melancarkan “BizSmart® Challenge Accelerator” Edisi 2026, menawarkan hadiah terkumpul bernilai sehingga RM2 juta untuk mempercepat pertumbuan kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pemula niaga yang berpotensi tinggi di negara ini.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Syarikat induk Ajinomoto (Malaysia) Bhd (AMB), Ajinomoto Co., Inc. (Ajico) mencadangkan penstrukturan semula pengeluar perasa makanan itu melalui langkah pengurangan modal dan pembayaran balik secara terpilih (SCR) pada harga RM20 sesaham.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada Isnin disebabkan minat belian berkurangan memandangkan pelabur kekal berhati-hati terhadap rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Malaysia masih mampu menampung kesan gangguan perdagangan di Selat Hormuz melalui penyesuaian rantaian bekalan, penyerapan kos oleh firma serta langkah dasar kerajaan yang membantu mengehadkan pemindahan kos kepada harga domestik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) sedang menerajui usaha mewujudkan Kerangka Kedaulatan Teknologi Negara sebagai pendekatan strategik untuk membangunkan dan melindungi teknologi kritikal yang penting kepada negara.
2hari ago
SEPANG, 22 Jun (Bernama) -- AirAsia X Bhd terbuka untuk meneroka perkhidmatan penerbangan ke Turkmenistan dan Rusia sekiranya peluang pasaran dan keperluan operasi terbukti berdaya maju, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Bo Lingam.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Bangladesh bersetuju untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala melalui perjanjian perdagangan bebas (FTA) dipercepatkan dan meningkatkan kerjasama dalam sektor pertumbuhan utama, termasuk tenaga dan industri halal.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Sektor teknologi, produk perindustrian dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan telah menarik gabungan aliran masuk bersih sebanyak RM319.8 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).