BERITA TERKINI   Kerajaan lulus secara prinsip usul memperkasa Mahkamah Syariah, akan rujuk Majlis Raja-Raja- PM Anwar | Jangan sorok kes buli, salah laku disiplin semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah - PM Anwar | Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | 

Institusi Kewangan Sedia Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China -- BNM

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kewangan sedia membantu dan memberi sokongan kepada keluarga mangsa yang terjejas akibat bencana banjir di sempadan Nepal-China baru-baru ini, sejajar dengan undang-undang dan peraturan berkaitan.

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan bantuan atau langkah ihsan itu seperti penangguhan bayaran balik, pengecualian yuran dan caj serta kelonggaran dalam keperluan dokumentasi sementara menunggu proses undang-undang berkaitan selesai.

Ad Banner

“Institusi kewangan juga boleh memberi keutamaan dalam memproses dan mengesahkan status polisi atau sijil, mempercepatkan bayaran tuntutan insurans dan takaful serta menyediakan bentuk sokongan lain yang sesuai mengikut keperluan keluarga terjejas,” maklum BNM dalam kenyataan kepada Bernama.

Sehubungan itu, bank pusat berkenaan meminta waris terdekat rakyat Malaysia yang terjejas untuk menghubungi institusi kewangan berkaitan bagi mendapatkan bantuan sewajarnya.

Pada masa sama, BNM memaklumkan pihaknya akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan bagi memastikan bantuan terbabit dapat disalurkan dengan segera kepada mereka yang terjejas dalam tragedi itu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA