3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Penurunan harga minyak mentah dijangka mengurangkan tekanan inflasi di Malaysia dan peringkat global, meredakan kebimbangan bahawa bank pusat mungkin perlu mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi untuk tempoh yang lebih lama, kata ahli ekonomi.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terus komited membangunkan ekosistem kewangan Islam yang komprehensif untuk menarik pelabur, khususnya dari Rusia melabur dalam sektor kewangan Islam di Malaysia.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd (AEON Credit) dikenakan denda sebanyak RM520,000 kerana gagal mematuhi keperluan berkaitan sekatan kewangan bersasar (TFS).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 June (Bernama) -- Rizan Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$130.5 bilion, setakat 15 Jun 2026.
3bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat di tengah-tengah jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akhir tahun ini, yang akan menyokong dolar AS dan memberi kesan kepada daya tarikan logam berharga itu.
3bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, pulih daripada penurunan ketara semalam dalam keadaan sentimen pasaran yang masih berhati-hati susulan keputusan dasar terkini Rizab Persekutuan AS (Fed).
3bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas unjuran agresif Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) telah meningkatkan US dolar sehingga menjejaskan permintaan terhadap logam berharga itu.
3bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Dasar normalisasi berterusan Bank of Japan (BOJ) berkemungkinan memberi impak lebih besar terhadap pasaran kewangan Asia berbanding pendirian kadar faedah Bank Pusat Eropah (ECB) yang lebih tinggi untuk jangka masa panjang.
3bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 16 Jun (Bernama) -- Uzbekistan sedang mengukuhkan rangka kerja kawal selia kewangan Islamnya dengan bantuan pakar dari Universiti INCEIF Malaysia dalam bidang seperti sekuriti sukuk, pelesenan kewangan Islam, tadbir urus Syariah dan ekosistem kawal selia yang komprehensif sebagai sebahagian daripada peringkat ketiga pembangunan industrinya.
3bulan ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 13 Jun (Bernama) -- Langkah Indonesia menerusi Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar faedah penanda aras atau Kadar-BI dan harga bahan api tanpa subsidi dalam tempoh beberapa hari, jelas memaparkan usaha kerajaan dalam menyokong rupiah selain meredakan tekanan fiskal walaupun ini dijangka membebankan isi rumah dan perniagaan, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.