1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia dan Afrika Selatan berpotensi memperkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan dalam sektor berimpak tinggi termasuk automotif, produk elektrik dan elektronik (E&E), pemprosesan hiliran minyak sawit serta teknologi.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Dua syarikat tempatan, Oppstar Technology Sdn Bhd dan Alphaswift Industries Sdn Bhd, menerima akses kepada teknologi Arm Compute Subsystem (CSS) dan program Arm Flexible Access (AFA) bagi mempercepat pembangunan reka bentuk litar bersepadu, penyelidikan dan pembangunan teknologi semikonduktor di Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Harga saham YTL Corporation Bhd (YTL Corp) meningkat 1.64 peratus pada dagangan awal Jumaat, meskipun syarikat itu melaporkan keuntungan bersih lebih rendah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat susulan pelabur mengambil keuntungan berikutan peningkatan pada sesi dagangan sebelumnya, manakala ketidaktentuan geopolitik yang berterusan terus mempengaruhi sentimen pasaran.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur pada Jumaat.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 21 Ogos (Bernama) -- Johor berjaya menarik potensi pelaburan bernilai lebih RM5 bilion hasil siri pertemuan dengan pelabur sepanjang lawatan kerja tiga hari ke Singapura yang berakhir hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi susut berbanding dolar Ameria Syarikat (AS) pada Jumaat kerana pelabur mengambil sikap berhati-hati dalam persekitaran ketegangan yang semakin memuncak antara AS dan Iran, kata seorang ahli ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ascend Airways Malaysia Sdn Bhd memperoleh kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk memasukkan operasi penumpang dalam Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) miliknya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu memacu inovasi dengan membangunkan lebih banyak produk getah khusus dan bernilai tinggi, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, meneruskan kenaikan bagi sesi keempat berturut-turut.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Power International Bhd menyusut kepada RM1.68 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM2.54 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) berminat untuk menyertai projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM), kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Amar Huzaimi Md Deris.