11hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia (MRCA) telah mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan dasar lebih ketat dan menyelaraskan surcaj ke atas urus niaga e-dagang rentas sempadan, termasuk penguatkuasaan cukai jualan lebih tegas terhadap barangan bernilai rendah bagi menjamin hasil negara.
11hari ago
GEORGE TOWN, 14 Sept (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) sedang giat menjalankan Jelajah Belanjawan ke seluruh negara untuk mendapatkan pandangan dan cadangan daripada pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat dalam penyediaan Belanjawan 2027.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang membangunkan rangka kerja berasaskan Syariah baharu, Sukuk Prisma SDG bagi memudah cara penerbitan sukuk bukan ringgit yang menyokong pelaksanaan, daya tahan iklim dan keutamaan pembangunan mampan negara lain.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kerajaan hari ini menegaskan akan terus komited dalam usaha mendapatkan semula aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi langkah seperti kerjasama dan proses perundangan di beberapa negara, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
13hari ago
Daripada Saraswathi Muniappan
NEW DELHI, 12 Sept (Bernama) -- Segula Technologies India Pvt Ltd meneruskan perancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab rantaunya bagi Asia Tenggara susulan perbincangan yang berhasil dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara India.
13hari ago
Daripada Saraswathi Muniappan
NEW DELHI, 12 Sept (Bernama) -- AWL Agri Business Ltd komited untuk terus mendapatkan sebahagian besar bekalan minyak sawitnya dari Malaysia dan sedang meneroka peluang untuk memperluas eksport barangan pengguna berjenama ke pasaran negara.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Prinsip kewangan Islam mampu menerajui pelaburan mampan ketika dunia berusaha menggembleng modal yang besar bagi menangani krisis iklim, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Malaysia komited memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB) dan kesalinghubungan sebagai usaha untuk memperluas peluang ekonomi pada peringkat subserantau ASEAN, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
13hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani and Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia berkemungkinan menyaksikan aktiviti pembelian saham pada harga rendah terpilih minggu depan susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, khususnya dalam kaunter mewah berasas kukuh yang mengalami penurunan harga, dalam persekitaran pasaran yang cenderung mengelak risiko, kata seorang penganalisis.
13hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka kekal stabil minggu depan dengan kecenderungan meningkat sedikit berikutan harga minyak yang lebih tinggi.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Duopharma Biotech Bhd menjadi mangsa serangan siber yang melibatkan akses tanpa kebenaran ke dalam infrastruktur teknologi maklumat (IT) syarikat.
14hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Peningkatan penggunaan perkhidmatan kesihatan kini menjadi antara penyumbang utama kepada inflasi tuntutan perubatan di Malaysia, menurut Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).