6hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Shin Yang Group Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Forescom Plywood Sdn Bhd untuk membeli sebidang tanah seluas 8.32 hektar di Pending Industrial Estate, Kuching, Sarawak, pada harga RM34 juta.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Butterfield FB Bhd (BFB) telah terlebih langganan sebanyak 18.67 kali ganda oleh rakyat Malaysia, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 15 September, 2026.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat dagangan rendah setakat tengah hari Jumaat ketika pelabur mengambil keuntungan masing-masing susulan kenaikan sebelum ini dengan tekanan jualan mengasak saham produk perindustrian, perladangan dan kewangan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka lebih tinggi pada Jumaat.
6hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat ketika pelabur mengambil untung selepas kenaikan selama dua hari berturut-turut walaupun pasaran secara meluas kekal disokong sentimen positif serta kenaikan semalaman Wall Street.
7hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis menjejaki penurunan niaga hadapan minyak soya, kata seorang peniaga.
7hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki pemulihan harga emas di pasaran global.
7hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis seiring dengan prestasi positif di Wall Street selain sentimen turut disokong oleh keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) – Evocom Bhd menyasarkan untuk mengumpulkan sebanyak RM20.5 juta daripada langkah tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu menjelang penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 28 September 2026.
7hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong kenaikan saham sektor kewangan, perladangan dan utiliti, ketika pelabur menantikan keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini serta menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul sebagai pemegang saham utama dalam Eco-Shop Marketing Bhd selepas memiliki 8.68 juta saham biasa pada 27 Ogos, 2026.
8hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu disebabkan penurunan dalam niaga hadapan minyak kacang soya dan eksport minyak sawit yang lebih lemah baru-baru ini.