Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka lebih tinggi pada Jumaat.

Setakat 9.14 pagi ini, kontrak bulan semasa September 2026 dan Oktober 2026 masing-masing naik setengah mata kepada 1,683.5 dan 1,682.0 manakala Disember 2026 susut satu mata kepada 1,687.0 namun Mac 2027 meraih dua mata kepada 1,675.5.

Jumlah dagangan sebanyak 741 kontrak dan kepentingan terbuka berjumlah 40,438 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.35 pagi ini, indeks penunjuk utama FBM KLCI susut 3.86 mata kepada 1,711.27 daripada paras penutup 1,715.13 yang dicatatkan semalam.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner