25hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, namun menurun kemudiannya berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati dalam persekitaran aktiviti pengambilan untung secara berselang-seli.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menjelang data ekonomi utama AS dikeluarkan hari ini dalam ketegangan mereda di Asia Barat.
26hari ago
TAWAU, 2 Ogos (Bernama) -- Pelabuhan Tawau memperoleh dua kren dermaga (quay crane) baharu bernilai RM70 juta bagi mempertingkat kapasiti pengendalian kargo serta mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu masuk maritim utama di Pantai Timur Sabah.
26hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Deruman enjin kereta sport berprestasi tinggi sememangnya mampu membangkitkan debaran adrenalin, namun bagi Admi Shahrul Ahmad Saffian, kepuasan sebenar bukan sekadar memandu jentera berkuasa tinggi itu, tetapi membantu orang lain menguasainya dengan penuh keyakinan.
26hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Perbelanjaan pengguna dalam sektor runcit serta makanan dan minuman (F&B), khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dijangka meningkat susulan pertambahan jumlah pengunjung dan permintaan lebih kukuh berikutan penganjuran Grand Prix Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain di Malaysia.
27hari ago
JOHOR BAHRU, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Ekonomi sedang mengenal pasti kemungkinan pelaksanaan projek rintis yang spesifik dalam mendepani cabaran peralihan struktur demografi menua untuk diketengahkan pada tahun hadapan.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk getah sekerap dan lateks tidak diaktifkan di seluruh negara pada Julai 2026.
27hari ago
KOTA BHARU, 1 Ogos (Bernama) -- Agrobank menyalurkan RM46 juta menerusi 765 pembiayaan mikro kepada usahawan di Kelantan dalam tempoh Januari 2025 hingga Julai 2026, sekali gus memperluas akses kewangan serta membantu perusahaan mikro mengembangkan perniagaan.
27hari ago
Oleh Nur Faradilla Mohamad
MERSING, 1 Ogos (Bernama) -- Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) menyasarkan pengeluaran susu segar sebanyak 5.5 juta liter menjelang akhir tahun ini, didorong peningkatan bilangan lembu perahan serta kesiapsiagaan kemudahan pemprosesan yang dijangka beroperasi mengikut jadual.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan prestasi ekonomi Malaysia akan terus kukuh pada separuh kedua 2026, disokong langkah intervensi kerajaan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya tahan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Riyadh Air memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi pertamanya di Asia Tenggara menerusi pelancaran perkhidmatan sulung tiga kali seminggu antara Riyadh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sekali gus memperkukuh hubungan udara antara Malaysia dan Arab Saudi.
27hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan, dipengaruhi oleh kelemahan dalam pasaran tenaga.