BERITA TERKINI   RCI TH: Bekas Pengerusi TH dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan direman tujuh hari hingga 2 Sept - Peguam | Keuntungan bersih Maybank meningkat kepada RM2.69 bilion pada suku kedua 2026 daripada RM2.62 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas | Banjir Nepal: Dua pegawai JBPM antara rakyat Malaysia yang gagal dihubungi - KP JBPM | RCI TH: Reman bekas CEO TH disambung empat hari hingga 31 Ogos - Peguam | Kerjasama PH dan BN bagi PRN Melaka diputuskan sebelum Hari Malaysia, perbincangan dijangka berlangsung minggu ini – Amirudin | 

Terdapat 1008 berita berdasarkan kata kunci carian "buka"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan pelabur beralih kepada aset selamat walaupun harga emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat mencatatkan penurunan.

Ekonomi Dua Kelajuan Tidak Ketara Di Malaysia, Pelbagai Sektor Terus Pacu Pertumbuhan -- Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia tidak menunjukkan tanda-tanda sebagai sebuah ekonomi dua kelajuan walaupun ketidaktentuan geopolitik dan ketegangan perdagangan global semakin memuncak, dengan pertumbuhan terus disokong oleh hasil sumbangan sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan. 

DRB-Hicom Kaji Buka Kilang Pemasangan Kenderaan Proton, Modenas Di Algeria - Duta

Oleh Shakir Husain

HYDERABAD, 15 Julai (Bernama) -- Konglomerat Malaysia, DRB-Hicom Bhd, sedang mengkaji kemungkinan menubuhkan kilang pemasangan kenderaan di Algeria bagi meneroka peluang pengembangan ke dalam pasaran automotif di Afrika Utara, menurut Duta Besar Malaysia ke Algeria Datuk Rizany Irwan Muhamad Mazlan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung susulan peningkatan selama tiga sesi berturut-turut, penurunan itu didahului saham perbankan serta minyak dan gas.

Life Water Beli 90 Peratus Pegangan Dalam Hung Tai Group Pada Harga RM46.8 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Life Water Bhd, pengeluar minuman berpangkalan di Sabah,  memeterai perjanjian penjualan saham (SSA) untuk membeli 90 peratus kepentingan ekuiti dalam Hung Tai Group pada harga RM46.8 juta

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu.

Defisit Fiskal Naik Sedikit Walaupun Peruntukan Subsidi Bahan Api Ditambah - HLIB

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia dijangka kekal di landasan sasaran defisit fiskal bagi 2026 walaupun memperuntukkan tambahan RM25 bilion bagi subsidi bahan api, dengan defisit diunjurkan pada kadar 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

BMI Unjur Pertumbuhan Pinjaman Akan Perlahan Pada Separuh Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- BMI, sebuah unit Fitch Solutions, menjangkakan pertumbuhan pinjaman akan perlahan pada separuh kedua 2026, memandangkan momentum yang lebih kukuh daripada jangkaan setakat ini.

Malaysia Pilihan Kedua Paling Menarik Bagi Pasaran Modal Global -- Mantan Ahli Ekonomi ADB

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia menyerlah sebagai pilihan kedua paling menarik bagi pasaran modal global selepas Amerika Syarikat (AS), didorong oleh prospek ekonomi domestik yang baik, dasar monetari stabil serta aliran modal yang berdaya tahan.

Malaysia Pemacu Utama Pertumbuhan Penerbitan Sukuk Global Pada Separuh Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia menjadi pemacu utama pertumbuhan penerbitan sukuk global pada separuh pertama 2026 apabila penerbitan kukuh dalam mata wang tempatan mengimbangi penerbitan sukuk yang lebih lemah dari negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), menurut S&P Global Ratings.

Asas Ekonomi Kukuh, Ringgit Diunjur Kekal Berprestasi Tinggi -- Standard Chartered

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mengekalkan kedudukan sebagai antara mata wang berprestasi tinggi selain dolar Singapura bagi rantau ini, disokong oleh asas-asas ekonomi yang kukuh dan impak peningkatan harga minyak meskipun dalam senario pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), menurut Standard Chartered Bank.

PTL Properties Buka Galeri Jualan The Rimbun Di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM, 15 Julai (Bernama) -- Pemaju hartanah berpangkalan di Pulau Pinang, PTL Properties Sdn Bhd secara rasmi membuka galeri jualan The Rimbun, pembangunan strata rumah bandar mampu milik terbaru di Bukit Mertajam.