BERITA TERKINI   Nahas helikopter: Dua daripada mangsa adalah pencarum Perkeso, akan terima pencen penakat bulanan - Ramanan | Nahas FDS: Layang Layang Aerospace gantung operasi semua helikopter BO-105, pesawat guna enjin Rolls-Royce siri 250 serta-merta - CAAM | Nahas FDS: Helikopter miliki CoA sah hingga 4 Ogos 2027, sijil pendaftaran hingga 28 Julai 2029 - CAAM | Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) jalankan siasatan bebas, kenal pasti punca nahas helikopter FDS - CEO CAAM | Indeks Harga Rumah Malaysia pada separuh pertama 2026 dicatatkan pada 234.7 mata, purata harga RM506,317 seunit - Amir Hamzah | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu.

Kontrak Julai 2026 susut enam mata kepada 1,719.5, Ogos 2026 merosot 5.5 mata kepada 1,721.5, September 2026 turun empat mata kepada 1,701 manakala Disember 2026 ditutup lemah lima mata kepada 1,701.5.

Jumlah dagangan menyusut kepada 6,597 lot daripada 11,352 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 45,371 kontrak daripada 46,613 kontrak sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 6.18 mata atau 0.36 peratus untuk ditutup kepada 1,713.76 daripada 1,719.94 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA 

 

Ad Banner
Ad Banner