Terdapat 780 berita berdasarkan kata kunci carian "perniagaan"

Belanjawan 2027 Perlu Perkasa Rakyat Manfaatkan AI, Pacu Daya Saing Negara -- Perunding

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu melaksanakan inisiatif di bawah Belanjawan 2027 yang dapat mempercepat keupayaan rakyat melakukan penyesuaian dalam memanfaatkan dinamik kecerdasan buatan (AI) berbanding sekadar menerimaguna teknologi itu, kata perunding.

Usahawan Pulau Tioman Kemuka Penambahbaikan Pengangkutan, Infrastruktur Pelancongan Dalam Belanjawan 2027

ROMPIN, 28 Sept (Bernama) -- Usahawan yang beroperasi di Pulau Tioman berharap Belanjawan 2027 dapat memperkukuh ekonomi dan industri pelancongan di pulau berkenaan menerusi penambahbaikan akses pengangkutan dan infrastruktur asas bagi menyokong pertumbuhan industri setempat.

PM Anwar Gesa Lebih Banyak Syarikat Malaysia Perluas Operasi Di Arab Saudi 

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap lebih banyak syarikat Malaysia mengembangkan operasi di Arab Saudi serta meneroka kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

MDSIDA Saran Industri Jualan Langsung Guna Pakai Teknologi Untuk Pacu Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) – Persatuan Pembangunan Industri Jualan Langsung Malaysia (MDSIDA) menyarankan agar pemain industri untuk menerima transformasi teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi memacu pertumbuhan sambil mengekalkan piawaian etika dan pematuhan.

Maybank Selesaikan Terbitan Sukuk Mudharabah AT1 RM2.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menyelesaikan terbitan sukuk mudharabah tambahan peringkat 1 (AT1) bernilai RM2.5 bilion di bawah program sukuknya.

Willowglen MSC Peroleh Kontrak Bernilai RM108 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Willowglen MSC Bhd, iaitu Willowglen Services Pte Ltd (WSPL) menerima kontrak berjumlah kira-kira RM108 juta bagi kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem elektrikal, keselamatan dan pemantauan. 

Ayer Holdings Cadang Peroleh Dua Lot Tanah Di Kuchai Lama Bernilai RM138 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Ayer Holdings Bhd, Kuchai Urban Development Sdn Bhd, bercadang memperoleh dua lot tanah di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur daripada Bukit Cemerlang Sdn Bhd pada harga RM138 juta.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Kurang Pemangkin

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin dalam persekitaran aktiviti penjualan berikutan pasaran kekurangan pemangkin baharu untuk merangsang minat beli pelabur, kata seorang penganalisis.

IPO: RedPlanet Sasar Kumpul Dana RM13.3 Juta, Beralih Ke Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- RedPlanet Bhd menyasarkan untuk mengumpul dana berjumlah RM13.3 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang peralihan penyenaraian ke Pasaran ACE daripada Pasaan LEAP Bursa Malaysia pada 22 Oktober ini.

MIDA-OCBC Malaysia Jalin Kerjasama Tarik Pelaburan Bernilai Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), OCBC Bank (Malaysia) Bhd dan anak syarikat perbankan Islamnya, OCBC Al-Amin Bank Bhd, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menarik pelaburan mampan bernilai tinggi dari ASEAN, China, Korea Selatan dan Taiwan, di samping menyokong pembangunan ekosistem perniagaan tempatan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Ketuai Misi Pelaburan, Perdagangan Ke AS

GEORGE TOWN, 28 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengetuai misi pelaburan dan perdagangan ke Amerika Syarikat (AS) bermula hari ini sehingga 5 Oktober bagi memperkukuh hubungan dengan pelabur AS serta menarik pelaburan baharu ke negeri itu.

Evocom Sasar Perluas Perniagaan Penghantaran Kargo Udara Ke Australia, Asia Barat

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Evocom Bhd berhasrat mengembangkan perniagaan penghantaran kargo udaranya secara transit khususnya bagi laluan dari China ke Australia dan Asia Barat dalam usaha mempelbagaikan operasinya di luar perniagaan teras iaitu penyediaan tenaga kerja fleksibel.