Terdapat 87 berita berdasarkan kata kunci carian " keuntungan bersih"

Untung Bersih Johor Plantations Susut Kepada RM51 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Johor Plantations Group Bhd (JPG) susut kepada RM51.15 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026) berbanding RM75.20 juta pada tempoh yang sama tahun lalu. 

AmBank Group Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Tinggi Kepada RM520.23 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan keuntungan bersih RM520.23 juta pada suku pertama berakhir 30 Jun, 2026 (suku pertama tahun kewangan 2027), meningkat 0.8 peratus berbanding RM516.18 juta dalam tempoh yang sama bagi tahun kewangan 2026.

Keuntungan Bersih Suku Kedua Malakoff Susut Kepada RM31.71 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Malakoff Corporation Bhd susut kepada RM31.71 juta dalam suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM62.83 juta yang dicatatkan semasa tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Untung Bersih 99 Speed Mart Meningkat 13.4 Peratus Kepada RM163.95 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lepas.

Saham Maxis Naik 2.16 Peratus Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR,17 Ogos (Bernama) -- Harga saham Maxis Bhd meningkat 2.16 peratus pada dagangan awal hari ini selepas syarikat itu mengumumkan keuntungan bersih suku kedua 2026 yang lebih kukuh baru-baru ini.

PKNS, Hextar Bangun Perbandaran Bernilai RM3.8 Bilion Di Siera Alam

SHAH ALAM, 14 Ogos (Bernama) -- Hextar Global Bhd melalui subsidiari tidak langsung 70 peratus miliknya, Hextar Landmark Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan perbandaran guna campur bersepadu dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM3.8 bilion di Siera Alam, Shah Alam.

Hextar Global, PKNS Bekerjasama Bangun Perbandaran Di Siera Alam

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Hextar Global Bhd Dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan bekerjasama untuk membangunkan tanah berkeluasan  97.28 hektar di Siera Alam, Shah Alam menjadi sebuah pembangunan guna campur bersepadu.

Untung Bersih Maxis Naik Kepada RM436 Juta Pada Suku Kedua 2026, Umum Dividen Empat Sen

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Maxis Bhd (Maxis) mencatatkan keuntungan bersih lebih kukuh sebanyak RM436 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026), berbanding RM398 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu. 

Keuntungan Bersih Keyfield Susut Kepada RM23.09 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Keyfield International Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 menyusut kepada RM23.09 juta berbanding RM66.36 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan Suku Kedua Vstecs Meningkat 50 Peratus Kepada RM30.31 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Vstecs Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 meningkat 50 peratus kepada RM30.31 juta daripada RM20.17 juta pada tempoh yang sama tahun lepas disokong oleh kekukuhan dalam semua segmen perniagaannya.

Untung Bersih MR DIY Suku Kedua 2026 Susut Kepada RM134.40 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- MR DIY Group (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM134.40 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 berakhir 30 Jun 2026, berbanding RM158.58 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Untung Bersih Suku Pertama Hartalega Melonjak Kepada RM70.03 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hartalega Holdings Bhd (Hartalega) bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2026 (S1 2026) meningkat kepada RM70.03 juta daripada RM12.61 juta setahun sebelumnya.