21hari ago
PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang memperincikan cadangan kerangka perundangan bagi membendung amalan ‘rent-seeking’ atau konsep ‘Ali Baba,’ termasuk menilai keperluan penggubalan undang-undang baharu atau menambah baik peruntukan sedia ada.
21hari ago
Oleh Anis Nabilla Md Wazilah
KUANTAN, 21 Julai (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diunjurkan menjana sumbangan nilai tambah terkumpul sebanyak RM80 hingga RM90 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2047.
21hari ago
BANGKOK, 21 Julai (Bernama) -- Hyrax Oil Sdn Bhd memeterai beberapa perjanjian pada Selasa untuk mengembangkan produk cecair transformer ester Hyrax Estamol keluarannya ke pasaran Thailand, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pengguna Malaysia semakin meluas bagi membantu urusan membeli-belah, namun tahap keyakinan terhadap teknologi itu untuk melaksanakan transaksi secara automatik masih rendah, menurut tinjauan yang diterbitkan platform teknologi kewangan (fintech), Adyen.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini rendah, menjejaki prestasi Wall Street menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman.
21hari ago
GEORGE TOWN, 21 Julai (Bernama) – Biro Konvensyen & Pameran Pulau Pinang (PCEB) hari ini memeterai perkongsian strategik dengan enam institusi pengajian tinggi bagi memperkukuh penyaluran bakat bagi industri acara perniagaan di Malaysia.
21hari ago
PETALING JAYA, 21 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang membangunkan formula yang lebih adil bagi mengira nilai pasaran terbuka (OMV) atau harga kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) kini berada pada kedudukan kewangan yang jauh lebih kukuh berbanding prestasi 2018 hasil usaha pemulihan berterusan dan penstrukturan semula.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- OCBC Malaysia dinobatkan sebagai Bank Terbaik bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia untuk kategori antarabangsa pada Anugerah FinanceAsia 2026, sekali gus merekodkan kemenangan bagi tiga tahun berturut-turut.
21hari ago
KEMAMAN, 21 Julai (Bernama) -- EPIC Berhad menjangkakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) khususnya pembinaan jajaran ke Pelabuhan Kemaman di sini akan menjadi pemangkin utama pertumbuhan syarikat dengan sasaran hasil mencecah RM700 juta menjelang 2030.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan terus memperkukuh usaha meningkatkan produktiviti kebun getah, mengurangkan kos pengeluaran, mempertingkat kecekapan pemasaran serta menggalakkan kepelbagaian sumber pendapatan pekebun kecil.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih tinggi pada Selasa berikutan aliran masuk semula dana asing dijangka terus menyokong pemulihan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).