BERITA TERKINI   Pelan tambah baik kawalan keselamatan lapangan terbang dibentang kepada Jemaah Menteri minggu depan - Saifuddin | DUN Kelantan sebulat suara luluskan Rang Undang-undang Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 | Unit Kerjaya Prospek peroleh kontrak pembinaan pembangunan bercampur di Johor Bahru bernilai RM223.0 juta | Sektor perkhidmatan Malaysia berkembang sebanyak 11.2 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2026 dan hasil mencapai RM714.7 bilion - DOSM | Enam sekolah di Tebedu, Sarawak ditutup pagi ini susulan bacaan IPU melebihi 200 - Jabatan Pendidikan Negeri | 

Terdapat 520 berita berdasarkan kata kunci carian " at"

Operasi AirBorneo Semakin Stabil Selepas Pesawat Kembali Beroperasi

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- AirBorneo mula memaparkan peningkatan operasinya selepas pesawat yang terjejas kembali berkhidmat ketika usaha memulihkan keadaan masih diteruskan susulan gangguan penerbangan di Sarawak dan Sabah.

RS-2 : Koridor Utara Selangor Berpotensi Jadi Hab Ekonomi Baharu Negeri

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan koridor utara merangkumi Hulu Selangor dan Kuala Selangor, berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai hab ekonomi baharu negeri, khususnya sektor tenaga dan industri strategik untuk mengharungi cabaran krisis tenaga global.

Kenaikan Kadar Faedah, Harga Bahan Api Uji Keupayaan Indonesia Seimbangkan Ekonomi

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 13 Jun (Bernama) -- Langkah Indonesia menerusi Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar faedah penanda aras atau Kadar-BI dan harga bahan api tanpa subsidi dalam tempoh beberapa hari, jelas memaparkan usaha kerajaan dalam menyokong rupiah selain meredakan tekanan fiskal walaupun ini dijangka membebankan isi rumah dan perniagaan, kata penganalisis.

Pasaran Getah Dijangka Tidak Menentu, Trend Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal tidak menentu pada minggu depan, dengan sedikit penurunan disebabkan ketidaktentuan global yang berterusan, kata pakar industri Denis Low.