BERITA TERKINI   Dewan Negara lulus RUU Persaingan (Pindaan) 2026 | Pemimpin JPKK digesa laksana tanggungjawab penuh integriti, perjelas peranan kerajaan - Anwar | Kerajaan teliti cadangan perkenal Tiket MADANI F1, beri peluang orang ramai saksikan perlumbaan- PM Anwar | F1: Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mansuh bayaran pendaftaran awal USD 1 juta, penganjuran percuma oleh Malaysia - PM Anwar | Keamanan dan kecemerlangan negara anjur program antarabangsa faktor Malaysia dipilih jadi tuan rumah perlumbaan F1 - PM Anwar | 

Terdapat 644 berita berdasarkan kata kunci carian " mas"

Dasar Cukai Karbon Negara Dalam Fasa Akhir - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan sedang dalam fasa akhir memuktamadkan dasar cukai karbon negara secara komprehensif, dengan pelaksanaan awal memberi tumpuan kepada sektor besi, keluli dan tenaga.

Pelaburan Langsung Asing Malaysia Melonjak 41.2 Peratus Kepada RM65.9 Bilion Pada 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia pada 2025 melonjak 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion daripada RM46.7 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Purata Dagangan Harian Pertukaran Asing Malaysia Meningkat Kepada US$21.3 Bilion - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pasaran pertukaran asing (FX) Malaysia kekal kukuh dengan purata dagangan harian forex meningkat kepada US$21.3 bilion setakat Jun 2026 daripada US$19.8 bilion pada 2025, menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Ringgit Susut Sedikit Tahun Ini Didorong Jangkaan Kadar Faedah AS Kekal Tinggi - Liew

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Nilai ringgit mencatatkan sedikit penyusutan berbanding dolar AS pada tahun ini didorong oleh tekanan luaran terutamanya jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang kekal tinggi.

Kerajaan Perkukuh Kapasiti Sumber Air Johor Sokong Pertumbuhan Pusat Data

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan mengambil pendekatan jangka panjang untuk memastikan keselamatan sumber air di Johor terus terjamin selaras dengan pertumbuhan pesat sektor perindustrian, pembangunan bandar dan pelaburan strategik termasuk pusat data.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Aktiviti Pembelian Saham Murah

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, meningkat daripada penurunan semalam berikutan aktiviti pembelian saham murah dalam saham mewah terpilih melonjakkan sentimen, kata seorang penganalisis.

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Data Ekonomi AS Yang Kukuh Sokong Dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini dan dijangka dalam jajaran kecil menjelang pengumuman laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi AS pada Khamis.

Malaysia Terbuka Perkukuh Kerjasama Strategik Ekonomi Dengan UAE – MITI

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia sentiasa terbuka untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam pelbagai sektor ekonomi berpotensi tinggi, termasuk industri petroleum dan gas, petrokimia serta logistik, bagi memacu perdagangan, pelaburan dan pembangunan industri bernilai tambah tinggi.

Malaysia Airlines Lakukan Pelarasan Sementara Operasi Di Terminal Udara KL CAT

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia Airlines sedang melaksanakan pelarasan sementara bagi operasi daftar masuk di Terminal Udara Kuala Lumpur City (KL CAT), KL Sentral, di sini bagi tempoh 1 Julai sehingga 31 Disember 2026.

Lim Hock San Daripada LBS Terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ASEAN

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group Bhd Tan Sri Dr Lim Hock San menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2026 - Kepimpinan Perniagaan Berwawasan & Kecemerlangan Komuniti pada majlis ASEAN Outstanding Business Award 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Sunway Peroleh Tapak Kediaman S$750.57 Juta Di Singapura

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Sunway Bhd menerusi anak syarikat tidak langsung milik penuhnya, SMCL Haven 3 Pte Ltd (SMCLH3), memperoleh tapak pembangunan kediaman bernilai S$750.57 juta (RM2.4 bilion) di River Valley Green, Singapura, melalui bidaan bersama CSC Land Group (Singapore) Pte Ltd.

Desatera Sasar Tambah Kira-kira 15 Outlet Komersial Pada 2026

BANGI, 23 Jun (Bernama) -- Desatera Sdn Bhd, anak syarikat Brahim’s Dewina Group, menyasarkan untuk meningkatkan jumlah outlet komersial kepada sekurang-kurangnya 15 premis tahun ini berbanding sembilan pada masa ini dalam usaha memacu pertumbuhan masa depan.