BERITA TERKINI   Piala FA: Star City 1-4 Selangor FC | 

Terdapat 648 berita berdasarkan kata kunci carian " rendah"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Penyusutan Harga Emas COMEX

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki kelemahan harga emas COMEX berikutan jangkaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Permintaan Mata Wang Selamat Reda

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini dengan prestasi tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, apabila permintaan terhadap dolar sebagai mata wang selamat mereda.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini susulan kelemahan niaga hadapan serantau serta pengukuhan mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Kadar Pengangguran Kekal 3.0 Peratus Pada Mei 2026 - DOSM

PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Kadar pengangguran Malaysia kekal pada 3.0 peratus pada Mei, dengan merekodkan 513,400 jumlah penganggur, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

RHB Bank Perkenal Kad Kredit-i RHB Sinar Dengan Kadar Keuntungan 14 Peratus

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- RHB Bank Bhd memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar baharu yang menawarkan kadar keuntungan bagi transaksi runcit sebanyak 14 peratus setahun.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street yang diterajui oleh saham teknologi walaupun terdapat ketidaktentuan di Asia Barat. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Selepas Reaksi Terhadap Mandat B50 Indonesia

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas para peniaga memberi reaksi terhadap pengumuman rasmi Indonesia mengenai mandat biodiesel B50, yang mencerminkan jangkaan penggunaan minyak sawit domestik yang lebih rendah.

Ekonomi Malaysia 2026 Diunjur Tumbuh Kepada 4.7 Peratus Dipacu Pusat Data, Kitaran Teknologi --IMF

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar 4.7 peratus pada 2026 setelah menerima manfaat daripada aktiviti pusat data serta peningkatan dalam kitaran teknologi global, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Ketegangan Baharu Di Asia Barat

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis apabila ketegangan geopolitik baharu di Asia Barat menjejaskan sentimen pelabur.

Ringgit Ditutup Tidak Berubah Susulan Minit Mesyuarat FOMC Menjejaskan Dolar AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS terkini menunjukkan pendirian yang kurang sependapat mengenai pengetatan dasar seterusnya, kata seorang penganalisis.

Bon Malaysia Jadi Pilihan Pelabur Asing, Catat Aliran Masuk RM4.9 Bilion Pada Jun - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Pelabur asing kembali ke pasaran bon Malaysia pada Jun, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 bilion berbanding aliran keluar bersih RM4.3 bilion pada Mei, disokong oleh ketegangan geopolitik yang mereda dan keyakinan berterusan terhadap asas ekonomi negara.

Bank Negara Malaysia Kekalkan Kadar Dasar Semalaman Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bagi tempoh ketujuh berturut-turut, pada Khamis.