Terdapat 1262 berita berdasarkan kata kunci carian " malaysia"

Pengukuhan Ringgit Cerminan Asas Ekonomi Kukuh

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit kepada RM4.0905 pada 20 Julai lepas mencerminkan asas ekonomi yang kukuh, disokong oleh prestasi eksport berdaya tahan dan lebihan imbangan perdagangan yang berterusan, menurut Kementerian Ekonomi. 

Untung Bersih Westports Naik Kepada RM360.90 Juta Pada Suku Kedua 2026, Umum Dividen Interim 2.99 Sen

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Untung bersih Westports Holdings Bhd bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2026 meningkat kepada RM360.90 juta daripada RM231.63 juta pada suku yang sama tahun lepas.

SC, SFC Hong Kong Meterai MoU Mudahkan Penyenaraian IPO Silang, Pelaburan Rentas Sempadan

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong (SFC) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama pasaran modal antara kedua-dua pihak.

Bursa Malaysia Naik Marginal Tengah Hari Seiring Kenaikan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada tengah hari dalam sentimen pasaran yang berhati-hati, dengan aktiviti belian berselang-seli jualan dalam beberapa saham berwajaran tinggi terpilih, sejajar dengan kenaikan pasaran serantau berikutan lonjakan harga minyak mentah.

Maybank, CGIF Meterai MoU Perkukuh Pasaran Modal Mata Wang Tempatan ASEAN+3

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Credit Guarantee and Investment Facility (CGIF) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh serta memperluas pembangunan pasaran modal mata wang tempatan di rantau ASEAN+3 yang merangkumi Asia Tenggara, China, Jepun dan Korea Selatan.

Sektor Pembuatan Catat Pertumbuhan Kukuh Di Bawah NIMP 2030

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Sektor pembuatan terus mencatat prestasi positif selepas dua tahun pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), dengan nilai tambah keluaran dalam negara kasar (KDNK) sektor itu meningkat 5.9 peratus pada suku pertama 2026.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Susulan Prestasi Firma Teknologi Global

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat seiring pasaran serantau ketika prestasi pendapatan memberangsangkan syarikat teknologi turut mendorong kenaikan saham berkaitan sektor itu di peringkat tempatan.

Eliis, Petronas Meterai Perjanjian Projek Industri Bersama

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Penyedia teknologi tafsiran seismik termaju, Eliis, memeterai Perjanjian Projek Industri Bersama (JIPA) dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi kerjasama dalam pelaksanaan teknologi PaleoScan serta inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D) geosains bersama di Malaysia.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Seiring Penurunan Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini, seiring penyusutan mata wang utama lain, apabila unit tempatan itu dijangka terus bergerak dalam aliran berhati-hati susulan ketegangan yang masih berlarutan di Asia Barat terus mengganggu bekalan minyak dan gas global.

Tabung Haji Muncul Sebagai Pemegang Saham Utama Dalam Focus Point

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) muncul sebagai pemegang saham utama dalam Focus Point Holdings Bhd selepas membeli 570,000 saham biasa dalam pengendali rangkaian peruncitan optikal itu.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu berikutan pelabur terus merealisasikan keuntungan susulan peningkatan baru-baru ini, manakala harga minyak mentah yang melonjak dan ketegangan geopolitik berterusan di Asia Barat menyebabkan sentimen pasaran kekal berhati-hati, kata seorang penganalisis.