BERITA TERKINI   Bekalan beras mencukupi, rakyat tidak perlu panik - Mohamad Sabu | KPKM sedia laksana pembenihan awan jika paras empangan di Kedah kritikal - Mohamad Sabu | Isu Utusan Malaysia, Kosmo! : Kerajaan pernah bantu, isu terkini wajar tanya pemilik - PM Anwar | PM Anwar tegaskan perancangan, pembangunan bandar tidak pinggirkan nilai kemanusiaan, kebajikan rakyat | Kerajaan akan pastikan pembangunan pusat data tidak menjejaskan bekalan elektrik kepada industri sedia ada - Menteri MITI | 

Petronas Gas Selesai Pindah Perniagaan Pemprosesan Gas, Utiliti

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) menyelesaikan pemindahan perniagaan pemprosesan gas dan utilitinya kepada dua anak syarikat di bawah cadangan penyusunan semula dalaman, yang berkuat kuasa pada 1 November 2026. 

Menurut PGB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, perniagaan pemprosesan gasnya telah dipindahkan ke PG Gas Processing Sdn Bhd, sementara perniagaan utilitinya dipindahkan ke PG Utilities East Sdn Bhd berikutan pemenuhan syarat-syarat terdahulu di bawah perjanjian pemindahan perniagaan (BTA) masing-masing. 

“Dalam hal ini, beberapa syarat terdahulu yang berkaitan dengan penerimaan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan dan pengeluaran lesen serta kelulusan baharu telah dikecualikan selaras dengan BTA masing-masing,” menurut PGB. 

Ad Banner
Ad Banner

PGB turut menyatakan bahawa PG Gas Processing dan PG Utilities East telah memulakan operasi masing-masing berkuat kuasa 1 November. 

“Pemindahan dan/atau letak hak perniagaan pengangkutan gas kepada PG TransCo Sdn Bhd, adalah selaras dengan cadangan penyusunan semula dalaman yang akan dilaksanakan pada tarikh ditetapkan kelak, tertakluk kepada pemenuhan syarat-syarat terdahulu di bawah BTA yang berkaitan,” menurut syarikat itu.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner