20jam ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China Xi Jinping, memperkukuh hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan China.
20jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 58 peratus tahun ke tahun kepada RM436.6 bilion pada Oktober 2026 daripada RM276.3 bilion setahun lepas, disokong pertumbuhan kukuh eksport dan import, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
20jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd (KPF) dalam proses mendapatkan khidmat firma guaman tempatan di Arab
22jam ago
SHENZHEN (China), 20 Nov (Bernama) -- Menteri-menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menggesa pembaharuan yang bermakna dilaksanakan terhadap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bagi menambah baik fungsinya dan memastikan ia kekal relevan dan responsif terhadap kepentingan negara anggota dalam menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin berkembang.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menggesa kontraktor berstatus dorman supaya mengemas kini maklumat dan status pendaftaran masing-masing dalam Sistem Pengurusan Industri Pembinaan (CIMS) CIDB sebelum 29 November ini bagi mengelak implikasi terhadap pendaftaran syarikat.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat didorong oleh sentimen menghindari risiko global yang kembali meningkat, dengan sektor teknologi menjadi perhatian berikutan kemungkinan pelanggaran peraturan eksport cip Amerika Syarikat (AS).
23jam ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengesahkan semua pembida bagi Boustead Plantations Bhd (BPlant) adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat Bumiputera, selaras dengan garis panduan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
23jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.
1hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Pemindahan teknologi menerusi kerjasama yang dicadangkan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bagi membangunkan infrastruktur awan kecerdasan buatan (AI) berdaulat negara adalah penting untuk membina kepakaran tempatan dan membolehkan Malaysia mengendalikan dan memajukan lagi infrastruktur itu secara kendiri, menurut pakar.
1hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat selepas minggu dagangan yang tidak menentu dalam keadaan Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh, terjejas oleh ketidaktentuan global yang berlarutan.
1hari ago
SHENZHEN (China), 20 Nov (Bernama) -- Pertemuan dua hala antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden China Xi Jinping akan menjadi acara utama pada hari terakhir lawatan beliau di Shenzhen hari ini, sebelum berangkat pulang selepas menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor menyasarkan untuk memastikan perkongsian global merentasi semua sektor diterjemahkan kepada peluang bagi membangunkan bakat tempatan serta memperkukuh perniagaan Malaysia, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.