Terdapat 81 berita berdasarkan kata kunci carian " transaksi"

Zetrix AI Raih Untung Bersih Lebih Tinggi Pada RM269.25 Juta Bagi Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Zetrix AI Bhd (Zetrix AI) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM269.25 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM199.15 juta dalam tempoh pada 2025.

Bank Muamalat Buka Cawangan Baharu Di Kuala Selangor

SHAH ALAM, 24 Ogos (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) terus memperluas akses kepada perkhidmatan perbankan Islam menerusi pembukaan rasmi cawangan Kuala Selangor hari ini.

Misi Eksport MATRADE Ke Kemboja Atasi Sasaran Awal, Jana Jualan RM186 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berjaya mencatatkan jualan bernilai RM186 juta menerusi program Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Kemboja, sekali gus mengatasi sasaran awal RM100 juta.

NexG Anggarkan Nilai Datasonic Technologies Pada RM7.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh NexG Bhd, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), yang bertanggungjawab dalam penyediaan kad pengenalan MyKad, sekarang ini dinilaikan pada RM7.5 bilion berikutan permintaan kerajaan untuk harga indikatifnya.

IJM Selesai Jualan Semula 142.4 Juta Saham Perbendaharaan, Kumpul Hasil RM385 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- IJM Corporation Bhd telah menyelesaikan penjualan semula keseluruhan 142.4 juta saham perbendaharaannya, memperoleh kira-kira RM385 juta hasil bersih.

Kerajaan Tidak Akan Pertimbang Prinsip Asas GST, Bersedia Tambah Baik SST -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kerajaan tidak akan mempertimbang prinsip asas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai cukai menyeluruh dan bersedia membuat pelarasan untuk menambah baik pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Elemen GST Dalam SST Dapat Tangani Isu Cukai Bertindih, Tekanan Kos -- FMM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Cadangan untuk menggabungkan elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tertentu ke dalam kerangka Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) sedia ada, dapat membantu menangani isu seperti cukai bertindih dan tekanan kos, menurut Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM).

Peluang TH Pulihkan Keseluruhan Baki Award Al-Rawda Rendah - Pakar

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Peluang Lembaga Tabung Haji (TH) mendapatkan semula keseluruhan award timbang tara bernilai SAR899 juta (kira-kira RM978 juta) daripada Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd (Al-Rawda) adalah rendah, dengan usaha mendapatkan semula baki tersebut kini banyak bergantung kepada kejayaan menjejak dan menguatkuasakan aset syarikat atau penjamin peribadi, kata pakar.

CIMB Niaga Antara Lapan Penyedia Kad Kredit Indonesia Untuk Pembayaran QRIS

JAKARTA, 17 Ogos (Bernama) -- CIMB Niaga menjadi antara lapan penyedia perkhidmatan pembayaran yang terlibat dalam pelancaran Kad Kredit Indonesia (KKI) oleh Bank Indonesia (BI) pada Isnin.

Untung Bersih 99 Speed Mart Meningkat 13.4 Peratus Kepada RM163.95 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lepas.

Keadaan Pembiayaan PKS Kekal Kondusif, Namun Perniagaan Perlu Terus Buat Penyesuaian - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Keadaan pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara keseluruhannya kekal kondusif, dengan bank dan institusi kewangan pembangunan (DFI) terus menyediakan pembiayaan kepada perniagaan yang berdaya maju.

Hasil Sektor Perkhidmatan Naik 11.2 Peratus Kepada RM714.7 Bilion Pada Suku Kedua 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Sektor perkhidmatan berkembang 11.2 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2026, dengan hasil mencecah RM714.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).