Kerajaan Sentiasa Jelaskan Hutang Yang Dibuat - Amir Hamzah
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) –- Kerajaan sentiasa memastikan hutang kerajaan dijelaskan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
| BERITA TERKINI | Gesaan Ahmad Zahid untuk laksana audit forensik FELDA akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet - PM Anwar | Sambutan Maulidur Rasul suntik semangat baharu umat Islam - PM Anwar | Islam obor yang dinamik, setiap episod hidup Rasulullah SAW itu satu pengajaran kehidupan -- PM | Anugerah Maulidur Rasul: Ayob Khan dinobat Tokoh Wira Negara | Pengasas Weststar Group Tan Sri Syed Azman penerima Tokoh Perdana Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan 2026 | |
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) –- Kerajaan sentiasa memastikan hutang kerajaan dijelaskan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Dakwaan bahawa Tabung Haji (TH) mengalami kerugian akibat kejatuhan pasaran saham adalah tohmahan semata-mata kerana pasaran saham berada pada tahap kukuh dan mencapai paras tertinggi pada 2018, dengan kejatuhan saham pada tahun itu hanya sekitar enam peratus.
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Keseluruhan proses kelulusan pembelian 30 peratus kepentingan dalam Putrajaya Perdana Bhd oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2014 berlaku dalam tempoh syarikat itu dikatakan masih berada di bawah kawalan Low Taek Jho atau Jho Low melalui UBG Bhd (Utama Banking Group Bhd).
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kedudukan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini stabil dan semakin kukuh susulan jumlah aset yang melebihi liabiliti serta peningkatan dana simpanan pendeposit dan kadar agihan, maklum Kementerian Kewangan (MOF).
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid dan Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat kerugian hampir RM13 bilion menerusi 14 pelaburan bermasalah dengan tujuh daripadanya merekodkan kerugian 100 peratus, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ahli Parlimen menyarankan supaya kerajaan mewujudkan pengawal selia tunggal untuk institusi kewangan bukan bank (NBFI) yang memiliki aset yang besar ditempatkan di bawah payung penyeliaan yang sama.
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Perbincangan mengenai pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dilakukan secara adil memandangkan setiap pelaburan institusi itu mempunyai risiko dan tidak semua kerugian yang dialami berpunca daripada salah laku, kata Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Aminuddin Harun.
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan diminta memperincikan langkah untuk mengurangkan kebergantungan Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas pendapatan sukuk Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang menurut Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyumbang hampir 26 peratus daripada pendapatan tahunan institusi itu.
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendapati polisi rosot nilai Lembaga Tabung Haji (TH) telah diubah daripada 70 peratus kepada 85 peratus dan seterusnya 90 peratus dalam tempoh satu hari bagi tahun kewangan 2017, sekali gus membolehkan keuntungan tahun berkenaan ditingkatkan untuk pembayaran agihan keuntungan.
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) dalam Putrajaya Perdana Bhd (PPB) serta meletakkan Pengerusi TH ketika itu sebagai pengerusi Putrajaya Perdana, mengheret TH dalam urus niaga 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sehingga TH mengalami kerugian RM145.3 juta.
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) – Lembaga Tabung Haji (TH) sedang meneruskan usaha mendapatkan baki award timbang tara daripada syarikat pemaju hartanah dan pengurusan projek berpangkalan di Arab Saudi, Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd termasuk menerusi penjejakan aset selepas syarikat itu hanya membayar SAR14.9 juta daripada award berjumlah SAR899 juta.
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan surat peringatan sebanyak lima siri kepada pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan Menteri Hal Ehwal Agama mengenai masalah jurang antara aset dan tanggungan TH.