BERITA TERKINI   Jerebu: Sekolah di Johor dibuka secara berfasa bermula esok, fasa pertama libatkan murid duduki peperiksaan- Exco | MBPP arah henti kerja serta merta projek bina kondominium dan jalan di lokasi tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang | 

Terdapat 261 berita berdasarkan kata kunci carian " prestasi "

Harga Minyak Tinggi Sokong Pendapatan Eksport Malaysia - CGSI

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Lonjakan harga minyak terus menyokong eksport produk petroleum dan gas asli cecair (LNG) Malaysia, sekali gus meningkatkan pendapatan eksport, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGSI).

HLIB Jangka Sektor Teknologi Malaysia Terus Papar Momentum Pendapatan Kukuh

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Sektor teknologi Malaysia dijangka mengekalkan momentum pendapatan yang teguh pada suku ketiga 2026, disokong oleh kitaran peningkatan industri semikonduktor yang semakin meluas dan kebolehlihatan permintaan yang kukuh, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Pengeluar Kereta Nasional Dijangka Kekalkan Momentum Jualan Pada 2026 - HLIB Research

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Pengeluar kereta nasional dijangka mengekalkan momentum jualan mereka pada sepanjang tahun ini, disokong oleh kedudukan Perodua yang kukuh dalam segmen kenderaan mampu milik dan pertumbuhan jualan yang baik daripada Proton, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi pada sesi awal hari ini menjejaki prestasi pasaran tunai.

Ringgit Dibuka Tinggi Susulan Inflasi Menyederhana, Normalisasi OPR Jadi Tumpuan

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama pada Selasa walaupun dolar AS juga mengukuh, disokong oleh inflasi domestik yang menyederhana dan jangkaan normalisasi Kadar Dasar Semalaman (OPR).

LYC Healthcare Berdepan Digantung Dagangan, Nyahsenarai Selepas Gagal Lantik Penaja

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- LYC Healthcare Bhd berdepan penggantungan dagangan pada 27 Okt, 2026 dan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia Securities Bhd dua hari kemudiannya.

MBSB IB Naikkan Unjuran Pertumbuhan Eksport 2026 Kepada 32 Peratus, Import 26 Peratus

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menaikkan unjuran pertumbuhan eksport bagi 2026 kepada 32 peratus (2025: 6.6 peratus) dan import kepada 26 peratus (2025: 6.0 peratus), susulan prestasi yang lebih kukuh daripada jangkaan pada September.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran tunai.

Eksport Malaysia Lepasi Nilai RM200 Bilion Buat Kali Pertama, Naik 54.5 Peratus Pada September

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Eksport Malaysia melepasi nilai RM200 bilion buat kali pertama pada September, melonjak 54.5 peratus tahun ke tahun kepada rekod RM215.11 bilion, mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak April 2021.

MAG Sasar Kurangkan Intensiti Pelepasan Emisi 30 Hingga 35 Peratus Menjelang 2030

SEPANG, 19 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menyasarkan pengurangan intensiti pelepasan emisi sebanyak 30 hingga 35 peratus menjelang 2030 berbanding paras pada 2019, menerusi Pelan Hala Tuju Kemampanan Jangka Sederhana 2026-2035 yang dilancarkan hari ini.

Reformasi Ekonomi Sejak Empat Tahun Lepas Perkukuh Negara - PM Anwar

PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Usaha reformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan sejak empat tahun lepas telah membantu melonjakkan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekonomi Malaysia Pelbagai, Pemampan Fiskal Mampu Kurangkan Kejutan Luaran - Amir Hamzah

Oleh Kenny Teng

BANGKOK, 18 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia yang pelbagai, pasaran eksport yang berdaya tahan, serta penampan fiskal yang lebih kukuh akan membantu mengurangkan kesan kejutan luaran dan menyokong prospek pertumbuhan negara bagi tahun 2027, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.