BERITA TERKINI   Piala FA: Selangor FC 2-1 Sabah FC (aggregat 4-3) | Piala FA: KL City FC 0-0 Perak FA (agregat 1-0) | Piala FA: DPMM 2-3 Terengganu FC | 

Terdapat 45 berita berdasarkan kata kunci carian " pengambilalihan"

Chin Hin Rancang Projek RM3.60 Bilion Di Segitiga Emas

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Chin Hin Group Property Bhd (CHGP) merancang membangunkan projek pembangunan bercampur dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM3.60 bilion di kawasan Segitiga Emas, Kuala Lumpur, melibatkan jumlah kos pembangunan (TDC) RM2.72 bilion.

Unit BM Greentech Ambil Alih NEFIN V Power Pada RM3.6 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Plus Xnergy Holding Sdn Bhd, unit BM GreenTech Bhd, telah memeterai dua perjanjian jual beli (SPA) bagi mengambil alih sejuta saham biasa mewakili 100 peratus jumlah modal saham terbitan dan berbayar NEFIN V Power Sdn Bhd (NVP) yang bernilai RM3.6 juta.

Maybank Indonesia Jadi Syarikat Induk Konglomerat Kewangan

JAKARTA, 30 Jun (Bernama) -- Para pemegang saham Maybank Indonesia telah meluluskan penubuhan bank itu sebagai syarikat induk operasi Konglomerat Kewangan Maybank di Indonesia.

EPIC Sasar Hasil RM700 Juta, NAV RM1 Bilion Menjelang 2030

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corp Bhd (EPIC) menyasarkan hasil tahunan sebanyak RM700 juta dan nilai aset bersih (NAV) RM1 bilion menjelang 2030 di bawah Pelan Perniagaan Strategik EPIC 2025-2030 (EPIC BEST 2530).

Enest Group Sasar Hasil IPO RM15.11 Juta Untuk Bayaran Balik Hutang, Dana Operasi

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Enest Group Bhd (Enest) yang disenaraikan di Pasaran LEAP menyasarkan untuk mengumpul RM15.11 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) sebagai sebahagian daripada pemindahannya ke Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.

Axis-REIT Beli Pusat Pengedaran City-link Pada Harga RM128 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Pemegang Amanah Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT), RHB Trustees Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan City-Link Express (M) Sdn Bhd bagi membeli sebuah pusat pengedaran yang digunakan sepenuhnya di Bandar Saujana Putra, Selangor pada harga RM128 juta.

Untung Bersih Gamuda Suku Ketiga Naik Kepada RM258 Juta, Umum Dividen Lima Sen Sesaham

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Gamuda Bhd merekodkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya sebanyak lima peratus kepada RM258 juta bagi suku ketiga tahun kewangan 2026, dipacu oleh sumbangan kukuh daripada nilai perolehan kontrak untuk pembinaan domestiknya.

TERAJU Lulus Hampir RM134 Juta Pembiayaan Kepada 143 Syarikat Bumiputera Wilayah Utara

BUTTERWORTH, 23 Jun (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meluluskan hampir RM134 juta pembiayaan kepada 143 syarikat bumiputera di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi tempoh 1 Dis, 2024 hingga 31 Mei lepas.

Pasaran Ekuiti Malaysia Dijangka Meningkat Semula Pada Separuh Kedua 2026 - Affin Hwang

KUALA LUMPUR,16 Jun (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd menjangkakan pasaran ekuiti Malaysia akan pulih pada separuh kedua 2026, dipacu oleh harapan terhadap perjanjian damai Amerika Syarikat (AS)-Iran.