24hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Penyedia penyelesaian insentif pelancongan disesuaikan Yes Group Management Bhd (Yes Group) menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk penyenaraiannya di Pasaran ACE.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FGV Holdings Bhd (FGV) melantik sebuah firma audit bebas bagi menjalankan forensik audit berhubung perkara-perkara khusus melibatkan sebuah entiti yang mempunyai hubungan korporat dengan kumpulan.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan minyak dan gas (O&G) yang berpangkalan di Sarawak, United Asiapac Energy Bhd berhasrat memperluas lagi perniagaan perkhidmatan intervensi telaga minyak dan gas di Malaysia Timur susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini.
25hari ago
Daripada Saraswathi Muniappan
NEW DELHI, 12 Sept (Bernama) -- Segula Technologies India Pvt Ltd meneruskan perancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab rantaunya bagi Asia Tenggara susulan perbincangan yang berhasil dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara India.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- IHH Healthcare Bhd mengalami kerugian berikutan kelewatan mendapatkan kelulusan yang diperlukan bagi tawaran pengambilalihan mandatori (MTO) untuk mengambil alih Fortis Healthcare Ltd (Fortis).
26hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Duopharma Biotech Bhd menjadi mangsa serangan siber yang melibatkan akses tanpa kebenaran ke dalam infrastruktur teknologi maklumat (IT) syarikat.
28hari ago
KOTA BHARU, 10 Sept (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Berhad memperuntukkan RM6 juta setahun menerusi Program Sadaqa House bagi membiayai pelbagai inisiatif pendidikan dan pembangunan usahawan di seluruh negara.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah melabur sebanyak hampir RM570 juta dalam pendidikan sejak 1996 menerusi Program Biasiswa PNB bagi membangunkan bakat yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Zetrix AI Bhd hari ini menyifatkan cadangan entiti korporat berpangkalan di Filipina, IPVG Employees Inc untuk mengambil alih 50 peratus kepentingan ekuiti dalam MYEG Ventures Inc sebagai berdaya maju secara komersial.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pusat data ketika ini menyumbang 9.28 peratus daripada jumlah penggunaan elektrik negara, demikian menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Sasaran untuk melonjakkan sumbangan nilai perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bumiputera daripada 15 peratus kepada sehingga dua kali ganda menjelang 2035 akan diperincikan semula pada akhir tahun ini atau awal tahun depan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kluster industri digital Guizhou kini mencapai skala 300 bilion yuan (kira-kira RM180 bilion), manakala kapasiti pengkomputeran wilayah di barat daya China itu melepasi 176 EFLOPS.