26hari ago
Oleh Nur Faradilla Mohamad
MERSING, 1 Ogos (Bernama) -- Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) menyasarkan pengeluaran susu segar sebanyak 5.5 juta liter menjelang akhir tahun ini, didorong peningkatan bilangan lembu perahan serta kesiapsiagaan kemudahan pemprosesan yang dijangka beroperasi mengikut jadual.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan prestasi ekonomi Malaysia akan terus kukuh pada separuh kedua 2026, disokong langkah intervensi kerajaan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya tahan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
26hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatat dagangan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, disokong keuntungan korporat yang berdaya tahan, aliran masuk dana asing semakin baik, dan keredaan kebimbangan mengenai perdagangan global.
26hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan dalam jajaran terhad di antara US$4,050 dan US$4,100 setiap auns troy dengan kecenderungan meningkat.
26hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan memandangkan peningkatan bekalan diramalkan memberi kesan kepada harga.
26hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat dalam julat antara 1,710 hingga 1,740 minggu depan, menurut seorang penganalisis.
26hari ago
KUANTAN, 1 Ogos (Bernama) -- Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) mengagihkan dividen modal syer sebanyak 60 peratus berjumlah lebih RM35 juta kepada 1,469 ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Agihan keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) hanya diumumkan berdasarkan keputusan kewangan yang telah diaudit, sekali gus memperkukuh integriti proses pelaporan kewangan dan meningkatkan keyakinan pendeposit terhadap institusi.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM93.58 juta pada suku ketiga berakhir 30 Jun 2026 (S3 TK2026) berbanding RM84.82 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, disebabkan oleh perbelanjaan cukai yang lebih rendah pada suku tersebut.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd, iaitu WCT Land Sdn Bhd (WCTL) mengambil alih baki 30 peratus kepentingan ekuiti dalam Jelas Puri Sdn Bhd (Jelas Puri) daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan harga RM140 juta.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup meningkat pada hari ini.
27hari ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang menyiasat laporan penahanan seorang juruterbang Malaysia di Indonesia dari sudut pengawalseliaan, termasuk untuk menentukan sama ada wujud sebarang kelemahan sebelum juruterbang itu berlepas dari Malaysia.