Terdapat 464 berita berdasarkan kata kunci carian "untung"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana dalam saham-saham berkaitan indeks, meskipun Wall Street mencatatkan kenaikan semalaman.

Top Glove Optimis Prospek Separuh Kedua 2026 Dipacu Permintaan Sarung Tangan Global

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kekal optimis terhadap prospeknya bagi separuh kedua 2026, didorong oleh pertumbuhan permintaan global yang mampan bagi sarung tangan, asas penawaran dan permintaan industri yang baik serta peningkatan kecekapan operasi.

Malaysia Mesti Keluar Daripada Model Berkos Rendah Bagi Menyokong Gaji Lebih Tinggi - Sim

GEORGE TOWN, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada harga rendah sebagai kelebihan daya saing memandangkan model perniagaan berkos rendah turut mengehadkan kemampuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menawarkan gaji yang lebih tinggi.

Minat Belian Kukuh Kaunter Pengguna Sokong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup sedikit lebih tinggi, disokong oleh minat belian yang kukuh dalam kaunter berkaitan pengguna, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.

Untung Bersih Suku Ketiga Top Glove Melonjak Kepada RM80.98 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd, mencatatkan lonjakan dalam keuntungan bersihnya kepada RM80.98 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mei, 2026 daripada RM34.74 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Keuntungan Bersih Eco World Susut Kepada RM129.14 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Eco World Development Group Bhd untuk suku kedua berakhir 30 April 2026 menyusut sedikit kepada RM129.14 juta berbanding RM129.83 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong oleh belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun prestasi semalaman Wall Street lemah.

ASEAN-Rusia Perlu Perluas Kerjasama Secara Menyeluruh Terutamanya dalam Keselamatan Makanan, Tenaga - PM Anwar

Daripada Nurul Hanis Izmir

KAZAN, 17 Jun (Bernama) -- ASEAN dan Rusia perlu memperluaskan kerjasama pelbagai hala dalam bidang seperti keselamatan makanan, tenaga, pembuatan termaju, teknologi digital dan pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini di sebalik kebimbangan mengenai isu berkaitan cuaca, kata seorang peniaga.

KPJ Healthcare Terus Memajukan Sistem Kesihatan KPJ, Perluas AI Dalam Penjagaan Kesihatan

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- KPJ Healthcare Bhd akan terus memajukan Sistem Kesihatan KPJ (KPJHS) berikutan prestasi tahun kewangan 2025 yang kukuh.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Bagi Hari Kedua Berturut-turut

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan bagi hari kedua berturut-turut hari ini, ditutup lebih daripada satu peratus lebih tinggi disebabkan sentimen pelabur kekal aktif dalam persekitaran keadaan pasaran serantau yang semakin baik dan minat belian dalam kaunter wajaran tinggi.

Pemegang Saham Allianz Malaysia Lulus Semua Usul Pada AGM Ke-52

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pemegang saham Allianz Malaysia Bhd meluluskan semua usul yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-52 kumpulan itu, bersempena ulang tahun ke-25 penubuhannya tahun ini.