24hari ago
Oleh Shakir Husain
HYDERABAD, 30 Sept (Bernama) -- Malaysia sedang meneliti langkah bagi meningkatkan lagi eksport produk-produk minyak sawit bernilai tinggi ke India seiring dengan permintaan terhadap minyak sayuran yang kekal kukuh di negara pengimport utama itu.
24hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan terhadap lambakan dalam inventori domestik dan permintaan eksport yang lebih lemah.
24hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, dipacu prestasi pasaran emas global yang terus meningkat.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.
24hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Rabu, disokong oleh jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) menangguhkan kenaikan kadar faedah bulan depan berikutan data sentimen pengguna yang lebih rendah daripada jangkaan.
24hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, meningkat semula daripada penurunan baru-baru ini berikutan keadaan terlebih jual mendorong aktiviti belian saham pada harga rendah.
24hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, menjejaki kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau dalam keadaan kebimbangan mengenai gangguan bekalan, kata peniaga.
24hari ago
SEPANG, 30 Sept (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka menerima tiga atau empat syarikat penerbangan baharu menjelang akhir tahun ini, dengan perbincangan mengenainya sudah berada di peringkat lebih tinggi.
24hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Peningkatan had maksimum pembiayaan perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada RM1 juta dijangka memperkukuh pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam dan menyokong permintaan dalam pasaran hartanah kediaman, kata pakar hartanah.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada tengah hari berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah ke atas saham wajaran tinggi terpilih, dipacu oleh saham utiliti, walaupun keluasan pasaran terus kekal negatif.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Jumlah permintaan kargo udara global, diukur dalam tan kargo bagi setiap kilometer (CTK), naik sebanyak 4.4 peratus pada Ogos 2026 berbanding Ogos 2025, dengan operasi antarabangsa mencatatkan peningkatan sebanyak 5.3 peratus, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
24hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka lebih tinggi pada Rabu apabila berlaku aktiviti belian pada harga rendah berikutan penurunan baru-baru ini, di sebalik petunjuk negatif dari Wall Street.